Kita sedia maklum bahawa pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias sebelum ini menderita penyakit misteri pada beberapa tahun lepas yang telah menyebabkan dia mengalami luka pada seluruh badan termasuk di bahagian muka.
Menerusi Sinar Harian, beliau telahpun berusaha mendapatkan rawatan moden dan tradisional, namun penyakitnya masih belum sembuh sepenuhnya.
Artikel berkaitan : Ustaz Kazim Elias Bersyukur Penyakit ‘Misteri’ Semakin Pulih
Artikel berkaitan : “Sekali lagu Lady Gaga!” – Cucu ‘Hijack’ Ceramah Ustaz Kazim Elias, Siap Menyanyi Lagi!
Susulan dengan kisah itu, ia memberi inspirasi buat penyanyi dan penerbit filem, Mawi untuk mengangkat ia menjadi sebuah filem berjudul Zim Zim Ala Kazim. Sumber melaporkan bahawa pembikinan filem ini telah mendapat kebenaran daripada tuan empunya badan sendiri.
Dalam satu temuramah bersama saluran YouTube Boneka Takdir, Mawi ada mendedahkan dengan lebih mendalam terhadap apa yang berlaku kepada Ustaz Kazim Elias. Jelas Mawi, Ustaz Kazim sebenarnya sudah terkena sihir sejak tahun 1997 lagi.
Jadi, ini bermakna bahawa Ustaz Kazim Elias dah terkena sihir banyak kali dan ia melarat sehinggalah apa yang berlaku baru-baru ini. Malah, sihir tersebut terkena daripada pelaku yang berbeza.
“Kalau tak silap saya dalam 6 ke 7 sihir yang orang hantar, tapi yang pertama tu tahun 1997, itu yang Ustaz Kazim share dekat saya lah.
“Dia kata orang terasa dengan dia, dia cerita kat saya dulu dia garang sikit cara penyampaian ceramah dia, tapi dia tak tuju kepada sesiapa, dia cakap tu secara umum tapi orang yang dengar tu terasa, dan orang ni sihir ustaz.”
Jelasnya, Ustaz Kazim Elias menjelaskan bahawa dia telah bermimpi bahawa dia bertemu dengan seorang ulama yang memberikan dia petunjuk siapakah individu yang melakukan sihir terhadapnya. Ia sehinggakan pelaku tampil sendiri memohon maaf kepadanya. Jelasnya lagi, Ustaz Kazim pun ada beri nasihat kepada penceramah muda untuk menjaga percakapan mereka.
Disebabkan sihir tersebut, Mawi menceritakan bahawa dia tidak boleh tidur di rumah selama 15 tahun dan jika ingin tidur, dia terpaksa menyuruh pemandunya ke Perak dan patah balik untuk dia tidur. Jelasnya lagi, Ustaz Kazim Elias tidak marah setelah mengetahui siapa pelakunya, sebaliknya memaafkan mereka.
@buletin.tikt0k Part 1 . credit youtube boneka takdir #fyp #berandafyp #berandatiktok #bikinpanas #seram
Filem Zim Zim Ala Kazim dibintangi barisan pelakon hebat seperti Bell Ngasri, Anas Tahir dan Shanthesh Kumar selaku teraju utama.
Sumber : Sinar Harian, TikTok