Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itulah ungkapan yang sering kita dengar untuk menghargai jasa dan pengorbanan ibubapa yang diberikan untuk anak-anak mereka. Ibubapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya supaya dapat menjalani kehidupan yang sempurna dan selesa.
Hal ini berkait dengan perkongsian di Twitter menerusi akaun @arira dimana perkongsiannya itu cukup membuat ramai warganet tersentuh dengan kisahnya.
Dikatakan 8 tahun lepas dia dan ibunya tidak dapat berjalan kerana dia menghidap penyakit kanser manakala ibunya mengalami kemalangan sewaktu nak cari aiskrim untuknya.
https://twitter.com/cassablancaaaaa/status/1260952117499445250
Kesan daripada itu, mereka berdua hanya terlantar di atas tilam dan ahli keluarga yang lain tidak dapat menjaga mereka kerana komitmen belajar dan ada yang bekerja.
Namun, hal itu tidak mematahkan semangat ibu gadis ini untuk menguruskan rumahtangga. Walaupun kaki ibunya penuh dengan besi akibat daripada kemalangan, dia menggagahkan diri untuk ke dapur untuk menyediakan makanan.
Ibunya akan duduk di atas kerusi untuk memasak dan sekiranya gadis ini berkeperluan untuk pergi ke tandas ibunya yang akan menguruskannya walaupun keadaan mereka still sama.
“Mak lagi tabah”
Sakit-sakit pun diorang ada cipta momen yang indah dimana diorang akan sama-sama enjoy tengok cerita hantu.
“Yang paling best kitorang selalu tgk cerita hantu sama-sama sbb tiap hari terlantar atas tilam kan. Nak tido pun dh tak lalu. So, habiskan masa tengok tv sama-sama”
Kini, mereka tidak lagi bergantung dengan orang lain sebab kedua-duanya dah sembuh. Apa yang lebih menggembirakan gadis ini, ibunya dah boleh bawak motor pergi ke kedai, siap boleh tolong jiran lagi.
Alhamdulillah…
Warganet terharu dengan kecekalan ibu dan gadis ini
Gadis ini rasa bersyukur kerana ramai yang mendoakan diri dan keluarganya.
Semoga syurga buat ibumu
Tabahnya awak, semoga terus kuat sis