“Saya banyak kali juga dipandang hina dan dipandang rendah” demikian kata-kata daripada isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Sri Anwar Ibrahim iaitu Datuk Sri Dr Wan Azizah terima daripada segelintir masyarakat saat suaminya itu dipenjara suatu ketika dahulu.
Orang panggil saya isteri banduan – Wan Azizah
Dalam temubualnya bersama Nona, biarpun cemuhan itu dilemparkan kepadanya, Wan Azizah redha dengan anggapan orang ramai yang katanya pada waktu itu tidak mengenali siapa dirinya.
“Saya banyak kali dipandang hina dan dipandang rendah sebab saya isteri banduan. Saya dicemuh ketika saya berkempen.”
“Tapi bagi saya tak apa lah mereka tak kenal saya mungkin bila tak kenal saya maka tak cinta lah kan. Saya terima sahaja. Apa yang saya mahu hanyalah reda daripada Allah SWT.”
“Reda Allah yang buat saya kuat. Saya boleh tahan dibandingkan dengan kisah Nabi lagi banyak dikecam berbanding dengan saya ini sedikit sahaja.”
Katanya lagi, apa yang terjadi itu dianggap sebagai satu ujian yang diberikan oleh Allah dan beliau percaya bahawa ia adalah adat kehidupan dimana ada turun naiknya. Jadi beliau tidak kisah jika ada pihak yang ingin terus mencemuh dirinya.
Bekas Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia itu juga ada kongsikan bahawa beliau hampir rasa putus asa saat Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara buat kali kedua.
“Saya memang sedih, tapi bila difikirkan balik, Allah tidak akan pilih kita, Allah tak akan duga kita lebih daripada kita mampu, kalau kita fikirkan macam tu, alhamdulillah, kita rasa bersyukur diberi ujian ini, tukar mind set macam mana kita lihat masalah yang dihadapi.”
Apapun, dapat kita lihat segala dugaan dan ketabahan yang diberikan ini telah membuahkan hasil, dalam temuramah itu Wan Azizah berpesan agar perbanyakkan doa kerana itulah kekuatan seseorang tidak kita lelaki mahupun wanita.
Baca : Datuk Seri Dr Wan Azizah Bakal Dilantik Sebagai Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia?