Sebelum ini tular dakwaaan syarikat minuman yang diasaskan Shuib, Bubble Bee dikatakan gagal membayar caruman KWSP pekerja dan Shuib mengakui ia berpunca daripada pihak pengurusan terdahulu.
Ketika kecoh mengenai isu tersebut, muncul tohmahan mengatakan penyampai radio itu menjalani kehidupan mewah tetapi mengabaikan kebajikan pekerjanya.
Susulan itu, Shuib ketika ditemui Melodi menafikan tuduhan itu dan menyatakan dia hanya menjalani kehidupan normal iaitu pergi bekerja dan bersukan.
Artikel berkaitan: “Majikan bermewah, pekerja tercungap” – Individu Dakwa Bubble Bee Lambat Bayar Gaji & Tak Carum KWSP?
@melodiberapi Dengarkan jawapan Shuib mengenai isu yang hangat diperkatakan!!! #meloditv3 #shuib #bubblebee #kwsp #gaji #ceritaartismalaysia #fypシ゚viral #panas
“Saya tengah faham juga saya enjoy apa ya. Kalau yang betul rapat, tahu kehidupan saya. Saya pergi tempat kerja, kalau ada buat aktiviti luar adalah bersukan. Saya main golf.
“Saya tak faham timbul bila kata saya berhibur dan bermewah. Itu saya pelik. Kalau tengok kehidupan saya, tak ada pun.
“Yang diletakkan dalam Instagram saya… kalau tengok mungkin ada saya shooting untuk review,” ujarnya.
Tambah Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, dia mengatakan bahawa tuduhan bermewah itu sekadar cerita yang direka memandangkan dirinya kini dipandang pesalah.
“Benda dah salah orang mula nak tokok tambah cerita. Saya tahu diri saya. Kita pun dah pernah buat salah.. tak nak berulang lagi.
“Sekarang ini jalan hidup macam biasa saja sebenarnya. Pergi kerja, balik kerja. Tengok anak-anak bila ada masa, saya bawa keluarga pergi bercuti.
“Tak akan saya tak boleh nak keluar dah kenapa kan?” katanya.
View this post on Instagram
Menurut Shuib, dia mula mengambil alih hal berkaitan pengurusan termasuk di bahagian kewangan bermula November 2022 selepas berlaku masalah daripada pengurusan terdahulu.
Sumber: TikTok