in

“Orang luar dia cas RM30, tempatan RM10” – Kes Scam Jurufoto Depan KLCC, Rupanya Ramai Dah Jadi Mangsa

ft scam fotografi klcc 2

Menara berkembar KLCC merupakan mercu tanda yang pastinya menjadi lokasi untuk para pelancong luar negara dan juga orang tempatan untuk merakam gambar untuk dijadikan kenangan sekiranya mereka berkunjung ke kawasan berkenaan.

Malangnya, terdapat kegiatan individu yang mengambil upah untuk merakam gambar pengunjung yang berlatar belakangkan menara berkembar berkenaan mula menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan pengunjung.

Menurut laporan Sinar Harian, berbekalkan telefon berjenama dan beberapa peralatan untuk merakam gambar, ada individu yang cuba mengambil kesempatan ke atas pengunjung dan perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pengendali media sosial.

scammer klcc

Hantaran ‘hati-hati scammer di KLCC’ tersebut telah menarik perhatian ramai pengguna yang turut berkongsi pengalaman mereka mendakwa diperdaya individu yang menawarkan perkhidmatan berkenaan.

Menurut dakwaan mereka, caj tersembunyi yang tidak masuk akal akan dikenakan oleh individu yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Sebagai contoh, salah seorang mangsa menceritakan yang dia terpaksa membayar sehingga RM110 selepas diperdaya seorang lelaki yang menawarkan diri untuk mengambil gambarnya di KLCC ketika dia dan keluarga berkunjung ke sana baru-baru ini.

“Dia tawar ambil gambar RM10, lepas bergambar ada dalam lapan keping kemudian dia tanya nak ambik yang mana?”

cats 28

Namun, selepas semua gambar dihantar ke telefon milik suami mangsa, individu berkenaan meminta RM80 sebelum menawarkan lensa kepada kakak mangsa dengan harga RM30.

Disebabkan malas untuk mengeruhkan keadaan, mangsa terus membayar jumlah tersebut dan menurutnya, jurufoto berkenaan juga memberitahu yang dia mengenakan caj sebanyak RM30 kepada pelancong luar negara.

Selain pengguna berkenaan, ada beberapa orang lagi turut berkongsi rasa kurang senang mereka terhadap lambakan jurufoto yang didakwa bersikap biadab terhadap pengunjung dan mereka seolah-oleh menguasai kawasan berkenaan.

Tidak kurang juga ada antara mereka yang sengaja menganggu pengunjung dengan berdiri berdekatan dengan mereka yang sedang cuba untuk mengambil gambar agar gambar yang terhasil nanti tidak cantik.

Dalam masa yang sama, ada juga pengguna yang mendakwa aktiviti ini dijalankan oleh warga asing yang menyamar sebagai orang tempatan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Pengguna turut meminta penguat kuasa mengambil tindakan dan memantau kegiatan itu yang dibimbangi boleh merosakkan nama baik Malaysia.

Baca : “1 gambar RM10”- Pelancong Indonesia Dedah Scam Servis Ambil Gambar Di Depan KLCC

f3 scammer klcc

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram