Siapa suka minum Starbucks? Sejak dari dulu kita selalu dengar pelbagai cerita pasal minuman Starbucks ni kan. Ada yang kata minuman ni tak halal sebab dalam dia ada campuran lemak babi lah, ada yang kata Starbucks ni beri sumbangan kat Zionis la, dan macam-macam lagi.
Tapi cerita pasal Starbucks yang terbaru ni lagi dahsyat. Video ini telah dimuat naik hujung tahun lepas, tapi jadi viral lepas ada individu upload pasal ni kat media sosial.
Orang Islam akan masuk neraka kalau beli Starbucks
Seorang penceramah popular di Indonesia jadi tumpuan ramai kat laman sosial lepas buat satu kenyataan mengatakan orang Muslim akan masuk neraka kalau membeli di Starbucks, lapor Asiaone. Hah?!
Dalam satu video berdurasi 52 minit yang telah mendapat lebih SEJUTA tontonan di Youtube, penceramah dikenali sebagai Abdul Somad menjelaskan bahawa orang Islam akan dimasukkan dalam neraka sekiranya membeli di Starbucks kerana premis tersebut menyokong gerakan LGBT.
Masuk neraka kerana membeli di premis yang sokong LGBT
Somad memberikan kenyataan tersebut sewaktu mahu menjawab soalan seorang penonton yang bertanya sekiranya orang Muslim dibenarkan membeli dari kafe yang menyokong pergerakan dan hak-hak kaum LGBT.
Penceramah memberikan contoh kafe Starbucks sebagai premis yang dikatakan secara terang-terangan menyokong pergerakan LGBT. Jadi Somad menegaskan bahawa orang Muslim akan dihumban ke dalam neraka kerana membuat pembelian di premis yang menyokong LBGT.
“Kaum LGBT kenapa komunitimu begitu besar? Lalu mereka menjawab kerana ada penyumbang, itu yang di syurga itu penyumbangnya. Terus tarik balik yang di syurga tadi masukkan semula dalam neraka (kerana menyumbang kepada Starbucks),” kata penceramah tersebut.
Semua ke neraka kerana guna Facebook, Twitter dan Youtube
Disebabkan ceramah Somad, seorang lelaki di Twitter mengatakan bahawa penerangan penceramah ini agak bercanggah kerana Facebook, Twitter dan Youtube semuanya menyokong LGBT.
Jadi berdasarkan penjelasan Somad, adakah semua pengguna aplikasi ini akan ke neraka. Pun begitu, tak semua yang tidak bersetuju kerana ada juga yang menyokong kenyataan Somad.
Hmm…admin pun tak boleh nak komen lebih-lebih. Apa pendapat korang tentang hal ni? Share sikit kat ruangan komen.
Baca: “Kedai RM2 ada jual pistol ini” – Ustaz Guna Pistol Untuk Rawat Pesakit Jadi Bahan Lawak Netizen