in

“Orang ingat cucu”- Lelaki Tak Malu Dapat Anak Di Usia 43 Tahun, Lepas 15 Tahun Menanti

Ft Ayah Dapat Anak Umur 43 Tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas penantian selama 15 tahun, Mohd Saiful Azmi Shamsudin Khan meluahkan rasa gembira apabila menerima cahaya mata pertamanya di usia 43 tahun pada 2 Mei lalu.

Anak perempuannya, Putri Edreehana Masyael dikatakan telah menjadi hadiah teristimewa Saiful bersama perkahwinan keduanya bersama isteri, Mastura Pin, 46.


Video yang dimuat naik ke TikTok yang memaparkan detik gembira melihat serta mendukung anak sulungnya itu meraih perhatian serta membuatkan orang ramai sebak melihat video tersebut.

@putriedreenhanamasyael

penantian suamiku Selama 15tahun untuk Putri sulungnya..subhanallah Tabarakallah part 1 #fyp @mie khan

♬ Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind

Bercakap mengenai kisah itu, Saiful berkata, dia tidak menyangka diberikan rezeki terindah itu ketika usianya mencapai 43 tahun, manakala isterinya berusia 46 tahun.

Menurutnya, seperti orang lain Saiful juga mengimpikan zuriat daripada keturunannya, namun dia reda apabila rezeki itu tidak diberikan sebelum ini.

Jelasnya, saat diberitahu isteri mengenai berita kehamilan itu, dia seakan-akan tidak percaya namun akui ia adalah hari terindah dalam kehidupannya.

@putriedreenhanamasyael

kegembiraan suami itulah kegembiraan yang terindah buatku.alhamdulillah ya Allah.#fypシ

♬ bunyi asal – Megat Farhim – m.farhimm_

“Ini perkara teristimewa dalam hidup saya dan saat pertama kali melihat dan mendukung anak perasaan itu bercampur baur ada sebak, sedih, terharu dan gembira.”

“Tak sangka selepas melalui pelbagai dugaan hidup Allah SWT hadirkan ‘puteri’ untuk saya. Apa yang Allah berikan ini mengingatkan saya kesabaran itu berakhir dengan sesuatu yang manis dan setiap perancangan ada hikmah-Nya,” jelas Saiful.

Pada mulanya, Saiful akui malu selepas videonya mendapat perhatian ramai namun dia terharu lepas membaca komen positif yang mendoakan mereka sekeluarga.

Isterinya, Mastura turut memberitahu, hatinya tersentuh melihat reaksi suaminya apabila melihat anak mereka di hospital, namun memberitahu bahawa video itu dikongsi hanya untuk simpanan memori keluarga mereka.

Alhamdulillah.. Semoga segala urusan keluarga ini dipermudahkan.

Sumber : TikTok, Harian Metro

Baca : Lepas Setahun Tunang Dengan Dr Azra, Azri Iskandar Terpaksa Tunda Perkahwinan Sebab Masih Kumpul Duit

Ft Azri Dr Khan 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.