in

Op Global: CEO GISBH, Isteri & Anak Bekas Pemimpin Al-Arqam Kini Ditahan

Ceo Gisbh Ditahan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari ini, kita melihat siri tangkapan dalam operasi Op Global yang dijalankan oleh pasukan polis.

Terbaharu, Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) yang bergelar Datuk dan beberapa pemimpin kanan dilaporkan telah ditahan polis berhubung kes rumah amal kendalian syarikat itu yang melakukan penderaan, pengabaian serta salah laku seksual.


Menurut Harian Metro, setakat ini seramai 19 orang termasuk pemimpin jemaah itu ditahan dalam operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di beberapa lokasi sekitar ibu kota.

“Selain CEO terbabit, turut ditahan isterinya serta dua anaknya bagi membantu siasatan.

“Turut difahamkan, individu lain yang ditahan adalah anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Mohammad,” katanya.

Sumber berkata, mereka yang ditahan itu terdiri 12 lelaki dan tujuh wanita berusia 30 hingga 65 tahun.

Artikel berkaitan: Anak Pemimpin Utama GISBH Antara 5 Ditahan Ketika Cuba Rentas Sempadan Malaysia-Thailand

Artikel berkaitan: Baru Timang Anak Ke-10, Ahli GISBH Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Mengugut Seorang Wanita

Gisb Holdings

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain telah mengesahkan tangkapan itu dan maklumat lanjut akan diumum nanti.

“Serbuan dilakukan serentak di empat kediaman di apartmen servis di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada 5.40 pagi.”

Katanya,  seramai 11 orang daripada keseluruhan tangkapan itu adalah individu yang berada dalam senarai sasaran pihak polis.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2022.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.