in

“Ombak dijangka setinggi 3.5 meter” – Sabah Mungkin Terkena ‘Tempias’ Ribut Tropika Nesat

taufan nesat sabah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) baru-baru ini telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) untuk Sabah, Sarawak dan juga Labuan hingga 18 Oktober 2022 berikutan Ribut Tropika Nesat yang berkemungkinan menjadi taufan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan jabatan berkenaan, ribut berkenaan bermula dari barat laut Filipina dan dijangka bergerak ke barat menuju ke Pulau Hainan dan keadaan ini akan menyebabkan tiupan angin kuat di Laut China Selatan.


Pun begitu, Pakar Klimatologi, Datuk Dr Ramzah Dambul berkata perkara tersebut tidak perlu dibimbangkan kerana taufan berkenaan hanya akan ‘melintas’ di atas Sabah dan Malaysia tidak berada (secara langsung) dalam laluan taufan berkenaan.

Screenshot 1

Disebabkan itu jugalah, Sabah mendapat gelaran ‘Negeri Di Bawah Bayu’, yang mana laluan angin atau bayu (angin taufan) berada di atasnya dan tidak akan terkena secara langsung.

Namun, Dr Ramzah yang juga merupakan Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (Penyelidikan & Inovasi) menjelaskan bahawa berkemungkinan sebahagian kawasan sahaja akan terkena ‘tempias’ atau kesan kecil akibat taufan berkenaan.

Menurut MetMalaysia, beberapa daerah di negeri di Borneo dan Labuan akan terjejas. Kawasan yang bakal terjejas adalah Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat di Sabah, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak dan juga Labuan.

AmaranAnginKencangLaut

Tambah jabatan berkenaan dalam satu kenyataan lagi, kelajuan angin dijangka antara 40 hingga 50 kilometer per jam dan ombak dijangka mencecah setinggi 3.5 meter di beberapa kawasan perairan Laut China Selatan, secara khususnya di Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan dan Labuan.

Baca : Taufan Dijangka Melanda M’sia Malam Ini Ekoran Ribut Tropika Kuat Nesat

collage 34

Sumber: Zoom Earth
Sumber: MetMalaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.