in

“OKU itu kawan saya…” – Lelaki Kongsi Peribadi Lelaki OKU, Dedah Dia Seorang Yang Rajin Bekerja, Kuat Berusaha

lelaki oku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan insiden menyayat hati melibatkan seorang lelaki, juga orang kurang upaya (OKU) mental yang telah dipukul di sebuah pasar tani di Chukai, Terengganu.

Kejadian tersebut telah membuatkan para netizen berang. Mujurlah, banyak pihak tampil kehadapan bagi membantu lelaki OKU berkenaan.


Bagaimanapun, satu perkongsian dari seorang pengguna bernama Cikgu Mie di Facebook telah menarik perhatian orang ramai.

Jelasnya, dia mengenai lelaki OKU itu dan menyifatkannya sebagai seorang yang rajin bekerja, kuat berusaha dan tidak pernah menyusahkan orang walaupun dia mempunyai status OKU.

“OKU itu kawan saya. Senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, KT. Dia bukan tidak pandai atau tidak belajar agama, namun Allah uji dengan penyakit mental.

Artikel berkaitan: “Satu amaran keras” – Pukul Lelaki OKU, G57 Bersedia Bantu Keluarga Saman RM1 Juta

Artikel berkaitan: Disyaki Pukul Lelaki OKU Kes Langgar Gerai Di Pasar Tani, 3 Individu Ditahan

lelaki oku
Perkongsian Cikgu Mie di laman Facebook. Kredit – Kosmo Online!

“Sejak tamat sekolah, dia berusaha keras menjalankan pelbagai jenis perniagaan di Kemaman untuk hidup seperti biasa, termasuk pernah membuka kedai di Centre Point,” katanya.

Cikgu Mie turut menjelaskan, ada kemungkinan rakannya itu semakin keliru apabila usia semakin lanjut dan sukar untuk mengawal kewarasannya.

Oleh itu, Cikgu Mie mengajak orang ramai agar lebih bijaksana dan cuba untuk memahami situasi sebelum bertindak.

“Kita kan Terengganu Darul Iman, sepatutnya kita tunjuk akhlak baik mulia barulah orang suka hendak datang Terengganu.

“Tindakan sebegini bukan sahaja mencemarkan imej negeri, tetapi boleh memberi kesan buruk seperti ancaman boikot terhadap Pasar Tani Kemaman,” jelasnya.

Kredit: Kosmo Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.