Beberapa perkongsian menerusi IG Stories Datuk Siti Nurhaliza telah menjadi perhatian orang ramai, perkongsian yang dibuat mengenai hubungan antara suami isteri dan perihal rumah tangga itu membuatkan para peminatnya bimbang mengenai keadaan Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan pamnggilan Tok Ti ini.
Kesemua perkongsian itu seakan memberi pesanan buat mereka yang bergelar suami untuk memelihara rumah tangga dengan baik.
Artikel berkaitan : Tok Ti Pembayar Zakat Paling Tinggi Untuk Kategori Penyanyi – CEO Lembaga Zakat Selangor
Artikel berkaitan : [VIDEO] Tok Ti Bina Sekolah Afwa Al Aafiyah Di Gaza Untuk Anak-anak Palestin
Walaupun perkongsian itu dibuat secara umum dan tiada bayangan mesej dan tujuannya, para peminat mula rasa bimbang jika ia ada bersangkut paut dengan kehidupan peribadinya. Bahkan ada yang cuba membuat spekulasi jika ia ada kaitan dengan hal rumah tangganya.
Dalam pada itu, ada juga yang turut mendoakan agar segalanya baik-baik sahaja buat penyanyi tersohor ini.
Hurm, apapun itu adalah privasi Tok Ti dan min sokong tindakan peminat yang mendoakan perkara baik-baik sahaja buatnya.