in

“Ok Jason dah keluar vid” – Pempengaruh Bagi Review Jujur Tentang Makanan Di Restoran Uncle Roger

Ft Jason Review Restoran Uncle Roger

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita semua sedia maklum yang Uncle Roger ada membuka restoran di Pavillion, Kuala Lumpur dan sejak dibuka, ia telah mengundang pelbagai reaksi netizen dan orang awam yang telah mencubanya makanan restoran tersebut.

Susulan itu, pempengaruh yang terkenal dengan sikap lantangnya dalam membuat review makanan ini tampil ‘turun padang’ ke restoran itu sendiri dan ia menjadi tumpuan netizen kini.


Artikel berkaitan : “Saya rasa saya dipergunakan” – Jofliam Respon Isu Hangat Jual Pizza Harga RM150

Artikel berkaitan : “Dari hobi, kini sah certified Chef” – Jofliam Dapat Top 4 Dalam Pertandingan Piza Di Itali

Dalam video yang berdurasi 2 minit 20 saat itu, pempengaruh yang dikenali sebagai Jason itu pada mulanya menunjukkan situasi di kedai tersebut di mana orang ramai telah beratur di hadapan restoran itu kira-kira jam 9.55 pagi.

Jelasnya, tujuan dia ke restoran tersebut adalah untuk merasai sendiri pengalaman yang telah digembar-gemburkan berkenaan dengan harga makanan di situ sebelum mula merasa segala menu yang disediakan di restoran tersebut.

Menu pertama yang dijamah adalah minuman yang dikatakan satu menu kegemaran Uncle Roger yang berharga RM 10.90. Tidak dinafikan Jason mengatakan bahawa jelas rasa perisa minuman itu, namun ianya seperti air minuman botol yang boleh didapatkan di kedai runcit dan ia tidak begitu berbaloi dengan harga.

Malah Jason juga mengatakan bahawa menu Egg Fried Rice yang berharga lebih daripada RM 30 itu begitu mahal kerana rasanya sama sahaja seperti nasi goreng di restoran Cina yang lain. Boleh tengok video di bawah ni.

@scaredtodie

im probably not getting that uncle roger collab fuyoh #jasonfoodreview #malaysiafood #foodreview #makanlokal #scaredtodie #klfoodie

♬ original sound – Jason 🇲🇾 – Jason 🇲🇾

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mempertikaikan harga yang ditetapkan kepada menu-menu di restorannya. Biarpun mereka faham faktor lokasi restoran, mereka mempertikaikan dan membandingkan harga di kedai makan lain yang jauh lebih bagus rasanya dan mampu memberikan harga yang berpatutan.

Screenshot 2024 09 18 122100 Screenshot 2024 09 18 122128 Screenshot 2024 09 18 122244 Screenshot 2024 09 18 122327

Hurm, min rasa macam nak makan juga kat sana, tapi tunggu lah reda sikit, sekarang mesti ramai orang beratur.

Sumber : TikTok, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.