in

“Ok bye thank you” – Ditegur Cara Mohon Kerja Tak Profesional, Netizen Terkejut Balasan Pemohon

mesej majikan tak pro ok thank you bye

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang baru lepas graduate dan bercadang untuk memohon pekerjaan, korang mesti alert dengan cara untuk memohon pekerjaan dengan betul.

Jangan main semberono saja dan pastikan korang menggunakan gaya formal untuk memohon pekerjaan tak seperti kisah yang admin nak kongsikan kat bawah ini.


 

“Minggu lepas, saya terima satu permohonan pekerjaan…” 

Menerusi perkongsian Farhanah Tajurudin di Facebook, dia memuat naik satu perbualan WhatsApp dengan seorang gadis yang ingin memohon pekerjaan di tempatnya.

Menurut Farhanah, dia telah menerima satu permohonan pekerjaan pada beberapa minggu lepas dari seorang gadis di WhatsApp. Pada awalnya dia bercadang nak ‘ignore’ saja permohonan tersebut apabila melihat cara gadis itu ‘berkomunikasi’.

Tapi apabila gadis itu mesej semula tanya tentang ‘update’, jadi Farhanah membalasnya dengan ‘teguran’ memandangkan gadis itu junior di universitinya.

275182148 10227831020057780 8270908626639147066 n

274890890 10227831020417789 4554174933234369174 n

Haa korang nampakkan cara ‘si pemohon’ tu text macam mana…

 

“Ok bye thank you” 

Namun apa yang mengejutkan netizen ialah balasan pemohon tersebut selepas majikan berkenaan memberi teguran panjang tersebut.

Dengan selambanya dia hanya reply, 

Ok bye thank you.”

274825466 10227831020737797 572200115160283809 n

Malah menurut Farhanah lagi, dia juga menegur tindakan gadis ini yang memohon pekerjaan bersama-sama rakannya yang mana tak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pemohon.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata mengakui remaja zaman sekarang kurang adab dan tidak memahami fomaliti atau profesionalisme dalam memohon pekerjaan.

pemohon tiada adab

Harap perkongsian ini dapat beri peringatan kepada semua job seeker kat luar sana. 

Baca: “I’m not interested” – Mohon Kerja Masa 2013, Wanita Kena ‘Reject’ Dengan ‘Recruiter’ 8 Tahun Kemudian

not

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.