Menjadi hak masing-masing untuk mempunyai kehendak dan keinginan untuk memilih mana-mana jejaka yang sesuai sebagai teman sehidup semati.
Ada orang sukakan lelaki yang kacak dan tampan, ada pula yang sukakan jejaka biasa-biasa saja asalkan bertanggungjawab. Tapi ada juga yang ‘extraordinary’, sukakan jejaka ala-ala oppa Korea gitu.
Inilah kriteria lelaki yang diidam-idamkan seorang pengacara TV dari Astro yang bernama Isha Norsham. Menurut The Korea Buzz, nama pengacara ini tiba-tiba jadi bualan ramai selepas dia membuat kenyataan tidak mahu bersuamikan lelaki Melayu.
Menurut Isha, dalam satu wawacara bersama media tempatan, dia juga mengaku yang dia terlalu minat dengan aktor dari Korea, Lee Minho sehingga meletakkan ciri-ciri tersebut sebagai lelaki yang diidam-idamkannya sebagai suami.
Ciri-ciri terpenting untuk menjadi pasangan saya ialah harus mempunyai ketinggian 180cm ke atas. Kini, saya memang sedang cari lelaki yang mempunyai kriteria tersebut untuk dijadikan suami.
“Syarat ini saya tetapkan kerana saya sukakan Lee Minho,” katanya.
Berasal dari Perlis dan baru berusia 24 tahun, Isha pernah menjadi penari dan terlibat dalam program Astro On Air suatu masa dulu. Dia juga dikenali di TikTok dengan 57,000 followers kerana pernah viral semasa membuat #anysongchallenge.
Alamak nampaknya kata-kata Isha ni dah mengguris hati jejaka Melayu seMalaysia…