Kita semua tahu bila dengar je bunyi siren daripada bomba atau ambulans, kita perlu beri laluan untuk mereka kerana bila berlaku kecemasan, setiap minit adalah penting.
Namun begitu, baru-baru ni berlaku insiden yang tak sedap dilihat bila rakaman dashcam dari sebuah ambulans swasta telah tular di media sosial.
Dalam video tersebut, dapat dilihat kenderaan yang telah pun diberhentikan lebih awal oleh polis trafik telah pun ketepi untuk memberikan laluan kepada ambulans untuk jalan.
https://www.facebook.com/watch/?v=305905158273826
Namun, dua pegawai polis trafik yang sedang bertugas itu tetap memberhentikan ambulans yang memasang siren kerana dikatakan mahu memberi laluan kepada konvoi VIP dari arah flyover.
Setelah memastikan semua konvoi tersebut telah melepasi flyover, barulah dua pegawai polis ini membenarkan ambulans ini meneruskan perjalanan.
“Nyawa vvip lagi mahal dari nyawa rakyat”
Ekoran viral insiden dipercayai berlaku di Johor Bahru ini, ramai netizen telah meluahkan rasa tak puas hati mereka dengan layanan double standard ini lebih-lebih lagi bila ia melibatkan nyawa seseorang.
Macam yang korang tahu, ini bukan pertama kali kejadian ambulans ditahan kerana ingin memberi laluan kepada VIP. Mungkin kerana ini juga ramai yang meluahkan rasa tak puas hati dorang.
Harapnya ada penjelasan daripada pihak berkuasa kenapa ambulans kena hentikan macam ni.