Ketika berlakunya kebakaran, perkara yang paling ditakuti oleh setiap orang adalah jika berlakunya kemalangan jiwa. Bukan itu sahaja, selain daripada kerosakan harta benda, tuan rumah akan jadi sangat sedih jika haiwan peliharaan kesayangan tidak dapat diselamatkan.
Namun, berbeza pula dengan situasi kali ini yang viral di Twitter berkongsi tentang abang-abang bomba sempat menyelamatkan beberapa ekor kucing ketika terjadinya kebakaran dipercayai di apartment Prima Larkin.
https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1531188205420433411?t=fX8q1YMDIy4h0byxyVBJuQ&s=19
Kucing tinggal nyawa-nyawa ikan, mujur bomba sempat selamatkan
Dalam video tersebut, jelas dapat dilihat yang seekor kucing dalam sangkar seperti nyawa-nyawa ikan, menggigil serta penuh dengan debu. Riak wajah kucing tu nampak sangat takut dan penat. Tak sampai hati tengok kucing tu tak bermaya!
Selain itu, kelihatan seorang abang bomba sedang mendukung sambil membelai kucing untuk tenangkan haiwan tersebut. Di apartment berkenaan, pihak bomba masih dalam usaha memadamkan kebakaran sepenuhnya. Tiada api marak dapat dilihat namun masih banyak asap tebal yang keluar dari apartment.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang turut kasihan dan bersimpati dengan nasib yang menimpa kucing malang tersebut. Ada juga berkata yang kucing berkenaan nampak sangat terhidrasi akibat kebakaran.
“Ya Allah tahap dia hydrate gila tu” – Komen netizen
Harapnya kucing tu cepat pulih seperti sediakala dan tiada kecederaan serius! Semoga penghuni dekat apartment tak tercedera!