Korang kalau dekat pejabat tu pernah cas telefon tak? Mestilah pernah kan. Jangan terkejut tau sebab ada sesetengah pejabat tu tak benarkan untuk pekerjanya cas telefon.
Mengecas telefon bimbit atau telefon pintar adalah dikira sebagai mencuri. Memetik laporan India Today, seorang bos telah mengeluarkan satu notis larangan kepada pekerjanya yang menggunakan sumber elektrik pejabat untuk mengecas telefon peribadi. Dalam notis itu, bos itu menganggap perbuatan itu sebagai ‘electricity theft’.
Notis yang telah viral di internet itu telah ditulis oleh bos tersebut selepas mendapati perbuatan pekerjanya itu agak menjengkelkan. Bos itu juga mengugut mereka yang ingkar dengan ugutan menolak gaji sekiranya berbuat demikian. Dalam notis itu, pekerja juga diingatkan untuk mematikan telefon bimbit ketika bekerja.
Walaubagaimanapun, tiada info lanjut berkenaan lokasi dan tindakan yang diambil oleh majikan yang mengeluarkan notis itu.
Min rasa larangan ni macam tak masuk akal. Iyelah, sebab smartphone ni dah jadi sebahagian dari hidup kita. Kalau ada emergency lagi susah, nak call je bateri phone habis.