in

“Not today!” – Lagi Gambar Tular, Bayi Lahir Sambil Pegang Alat Cegah Kehamilan Ibu

collage 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, satu gambar bayi lelaki dari utara Bandar Hai Phong, Vietnam telah tular di media sosial semua gara-gara dia memegang alat pencegah kehamilan jenis IUD di tangannya selepas lahir.

Pakar Obstetrik, Tran Viet Phuong telah mengambil gambar bayi ini dan muat naik di Facebook Hospital Antarabangsa Hai Phong pada 30 Jun lalu telah meraih perhatian netizen.


Dalam gambar ni, bayi lelaki tersebut dilihat telah memegang IUD, alat pencegah kehamilan yang menghalang sperma dari sampai ke telur yang tengah subur dengan mata yang tertutup.

106277960 2608001902799522 2483769287389844098 n

Tran Viet Phuong berkata, masa bayi ni lahir, IUD keluar bersamanya dan dia telah capai alat pencegah kehamilan tersebut, lapor VN Express.

Saya rasa tindakan dia pegang IUD tu menarik, so saya ambil gambar tapi tak sangka yang ia dapat banyak perhatian.”

75171146 2608001982799514 3779728321544283780 n

Ibu bayi yang berusia 34 tahun dan telah pun mempunyai dua orang anak mengatakan yang dia memasukkan IUD ke dalam rahimnya di hospital tempatan dua tahun sebelum dapat tahu yang janin berusia lima minggu telah terbentuk.

105914293 2608002049466174 6001209760164662253 n

Walaupun IUD adalah antara pencegah kehamilan yang berkesan dengan keberkesanan sebanyak 99%, wanita masih boleh mengandung jika alat tersebut beralih tempat.

Kalau korang nak tahu, beberapa tahun lepas, kejadian yang sama turut berlaku di Amerika Syarikat dan juga tular di media sosial.

IUDthumb

Comel betul!

 

Baca: “Cantiknya mata awak!” – Hati Netizen Tertawan Dengan Kecomelan Bayi Kacukan Melayu Eropah Ini

Screenshot 2020 07 09 at 11.41.04 AM

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: GlobalNews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.