in

“Non stop air mata keluar” – Wanita Tahan Sakit Gara-gara Gam ‘Eyelash Extension’ Terlalu Kuat

eyelash 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Eyelash extension adalah satu kaedah untuk memanjangkan atau menebalkan bulu mata yang sedia ada. Kebiasaannya, proses ini dilakukan menggunakan bulu mata sintetik dan disambung pada bulu mata asli.

Semalam, viral di TikTok satu video yang dimuat naik oleh @baby20sen menceritakan pengalaman perit dirinya terpaksa membuang eyelash extension gara-gara gam yang digunakan terlalu tebal dan kuat.


Walau bagaimapaun, wanita itu tidak menyatakan di mana kedai dia membuat eyelash extension tersebut.

@baby20sen

TOLONGLAH JGN AMEK BENDA NI REMEH YE… KALAU MMG TK PANDAI JGN BUAT DEKAT CUSTOMER #baby20sen #eyelashextensions #gombak

♬ Dawai – Amsyarleee

Buat eyelash dekat kedai lain

Bercakap kepada Lobak Merah, wanita itu pada asalnya mahu pergi ke Sarawak pada 22 November 2023, jadi dia mahu membuat eyelash extension sebelum bertolak ke sana.

Selalunya, dia akan membuat eyelash extension di kedai pilihan tetapi disebabkan urgent, dia terpaksa memilih kedai lain.

Malangnya, kedai itu tidak mahir membuat servis tersebut sehinggakan matanya bengkak dan berair. Dia juga mendakwa pekerja kedai itu agak kasar, menampal bulu mata terlalu tebal dan berhampiran dengan kulitnya.

Dahlah nak cepat siap lepastu gam kan bukan main tebal dan keras.. tampal dekat kulit pulak tu.. dahlah time buat tu kasar giler orangnya.

Artikel berkaitan: Wanita Nyaris Buta Gara-Gara Beauty Trend ‘Eyelash Extension’

Artikel berkaitan: [VIDEO] Gadis Terpaksa Potong ‘Extension’ Bulu Mata Sebab Nak ‘Renew’ Pasport

Kulit mula bengkak, mata jadi merah

Wanita tersebut memberitahu matanya mula berair seteleah selesai memakai eyelash extension. Di bahagian bawah mata dan kelopak matanya juga membengkak dan sakit apabila cuba untuk menarik bulu mata.

Nak pegang bulu mata, nak tarik pun dah sakit. Apa lagi kalau cabut jenis tarik je tu. Air mata aku non stop keluar. Nak tidur pejam mata pun sakit.

Sakit sangat sampai suruh gunting

Sebaik sahaja sampai di Sarawak, dia terus mencari kedai untuk menanggalkan bulu mata tersebut. Kedai itu sudah meletakkan ubat sebanyak tiga kali untuk mencairkan gam tetapi disebabkan gam yang digunakan terlalu tebal dan berhampiran dengan kulit, ia menyukarkan pekerja itu mencabut satu persatu bulu mata tersebut.

Dia boleh tampal setebal-tebalnya sampai aku suruh orang tu gunting jelah.. aku memang dah sakit sangat tak tahan. Kalau tak reti buat, tak payah buat.. kesian dekat customer.

Di ruangan komen, ramai netizen turut menceritakan pengalaman yang sama dengan wanita ini.

eyelash 1  eyelash 3 eyelash 4

Kesian sis ni.. tak pasal-pasal kena tahan sakit..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.