Penyanyi terkenal, Ziana Zain semalam, enggan mengulas dakwaan mengenai namanya dikaitkan sebagai penyanyi yang bakal dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu sebuah syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.
Ziana atau nama penuhnya, Siti Roziana Zain, 57, berkata, dia tak ada sebarang kenyataan hendak diberikan mengenai isu tersebut.
Tiada komenlah sayang,” katanya.
Namun Ziana terus diasak dengan wartawan apabila pelakon Datuk Jalaluddin Hassan juga sudah memberikan kenyataan, yang mana dia kemudiannya membalas,
Itu Datuk Jalal, ini kak Gee no komen sayang. Kak Gee menyanyi saja sayang,” katanya yang ditemui selepas berakhir minggu separuh akhir Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) malam tadi.
Artikel berkaitan: “Bila 2 legend berjumpa” – Peminat Teruja Tengok Siti Nurhaliza & Ziana Zain Bertemu Ketika Rehearsal
Artikel berkaitan: Ramai Netizen Terhibur Tengok Ziana Zain 2 Buat ‘Comeback’ Dekat Kerusi Penonton GV
Meskipun jawapannya ringkas, Ziana dikatakan masih memberi kerjasama dalam menjawab pertanyaan media dengan profesional.
Terdahulu, SPRM mendapati terdapat beberapa artis dikaitakn dengan kegiatan syarikat perunding kewangan berkenaan berikutan penahanan 27 individu termasuk lapan pengarah syarikat dan 18 pegawai bank oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dalam Ops Sky hasil kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM).
Syarikat perunding kewangan itu juga disyaki turut menaja konsert dan gubahan lagu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, beberapa selebriti dan artis berkenaan akan dipanggil minggu depan untuk siasatan.
Mereka yang menjadi duta didakwa telah menerima bayaran sekitar RM150,000 hingga RM400,000 daripada syarikat tersebut.
Selebriti dan artis terbabit juga didakwa mendapat sejumlah wang itu bagi wajah mereka digunakan oleh syarikat itu.
Apa-apapun kita tunggu sajalah perkembangan selanjutnya mengenai kes ini…
Sumber: Harian Metro