Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menemui sebuah stor atau gudang simpanan arak jenama mewah di rumah seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri baru-baru ini.
Menurut laporan Harian Metro, stor simpanan arak mewah itu telah ditemui di salah sebuah kediaman ahli perniagaan itu ketika serbuan pihak SPRM dijalankan di enam buah rumah Tan Sri tersebut.
Difahamkan, Tan Sri berkenaan disiasat kerana disyaki terlibat kes penyelewengan dana sukuk projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.
Arak-arak mewah yang ditemui itu dianggarkan bernilai sekitar RM3 juta.
Artikel berkaitan: Kronologi Kehilangan Isteri Taikun Bisnes Sarawak, Dipercayai Diculik Ketika Dalam Perjalanan Ke Pejabat SPRM
Artikel berkaitan: Polis Sahkan Wanita Maut Tercamp*k Dari Van Di Lebuhraya KESAS Bukan Datin Seri Pamela Ling
Selain stor simpanan minuman beralkohol mewah itu, kuda mewah bernilai ratusan ribu ringgit turut ditemui
Pihak SPRM mengesyaki bahawa kuda berkenaan juga telah dibeli oleh ahli perniagaan itu dengan menggunakan penyelewengan dana tersebut.
Selain itu, pihak SPRM juga telah menyita keenam-enam kediaman mewah tersebut serta sebidang tanah lot.
Tan Sri tersebut dan isterinya telah dipanggil oleh SPRM untuk keterangan tapi difahamkan, Tan Sri itu tidak hadir dengan alasan masalah kesihatan, jadi hanya isterinya sahaja yang hadir.
Untuk membantu siasatan kes ini, sekurang-kurangnya 30 hingga 50 orang saksi lagi akan dipanggil oleh SPRM untuk dirakam keterangan.
Sumber: Harian Metro