Seperti yang kita sedia maklum, beberapa hari lalu, Ustaz Ebit Lew telah berkongsi niat baiknya dalam membantu penduduk di pulau-pulau di Semporna, Sabah selepas mengislamkan mereka dengan rancangan untuk membina sekolah dan membawa guru-guru mengajar di sana.
Walau bagaimanapun usaha tersebut terpaksa dihentikan kerana beliau diberitahu yang beliau boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun jika masih meneruskan misi bantuan tersebut.
https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/photos/a.679992665364315/3943532895676926/
Isu ini menjadi isu hangat yang diperkatakan netizen sekarang kerana ramai yang berpendapat perkara tersebut sangatlah tidak adil buat Ustaz Ebit yang mempunyai niat mulia dalam membantu penduduk di sana.
Walau bagaimanapun, seorang aktivis yang juga founder kepada Impactive Malaysia yang sering terlibat dalam misi bantuan di Sabah, ada memberi alasan mengapa Ustaz Ebit dihalang daripada melakukan misinya di sana.
“Niat Ustaz Ebit Lew sangatlah baik tapi mungkin tak kena cara dan tempat”
Menurut penjelasan Khairul Jamain di Instagram, perkara tersebut tiada kena mengena dengan ugutan lanun mahupun isu keselamatan tetapi ia berkenaan undang-undang yang ditetapkan kerajaan Sabah.
Dia yang pernah tinggal di sana selama 6 bulan memberitahu, apa yang dilakukan Ustaz Ebit adalah suatu perkara yang baik namun tidak kena cara dan tempat.
“Mungkin team mereka tidak buat research sesuatu tempat dan complexity sesuatu masyarakat.
“Mungkin lepas ni team Ustaz Ebit Lew boleh buat sedikit research sebelum masuk ke sesuatu kawasan, belajar dan kalau mereka mahu bekerjasama dengan Borneo Komrad dan Impactive MY pun aku alu-alukan,” katanya.
“Sesetengah pulau di Sabah diletakkan di bawah Taman-taman Sabah… tidak dibenarkan apa-apa struktur binaan kekal”
Tambah Khairul lagi, tidak ramai juga tahu yang sesetengah pulau di Sabah telah diletakkan di bawah Enakmen Taman-Taman Sabah. Jadi memang tak boleh sewenang-wenangnya untuk bina apa-apa struktur binaan kekal di sana kerana ia dianggap telah melanggar undang-undang.
Sebab itulah juga Ustaz Ebit boleh didenda dan dipenjara tiga tahun seperti yang dinyatakan dalam enakmen di bawah ni.
Apa-apapun perkara ini telah dijelaskan juga oleh Pegawai Daerah Semporna dalam satu kenyataan semalam yang memberitahu beliau memahami niat ikhlas ustaz terbabit tetapi pihak tersebut haruslah memaklumkan kepada pihak berkaitan sebagai ‘tuan rumah’ di daerah tersebut.
Malah pihak berkuasa di Semporna juga menegaskan perkara tersebut tiada kaitan dengan isu keselamatan dan ia lebih kepada isu kebenaran masuk ke dalam kawasan yang diwartakan dan dibawah pengurusan serta kawalan dan bidang tanggungjawab pihak Taman-Taman Sabah, lapor Sinar Harian.
https://www.facebook.com/SbhParks/posts/1662845977219337
Harap kita semua dapatlah bertenang sebentar mengenai isu ini dan biarkan pihak yang berwajib menerangkan isu sebenar.
Macam manapun, kita terus doakan semoga usaha Ustaz Ebit dalam membantu penduduk di sana dipermudahkan. Amin…