Teruja untuk beri kejutan kepada kedua ibu bapa di kampung, seorang wanita memesan puding buah selepas melihat gambar dipromosikan melalui Whatsapp. Namun, alangkah kecewa apabila puding buah yang diterima ibu bapanya tidak sama langsung dengan gambar tersebut.
Perkongsian wanita bernama Dira di TikTok baru-baru ini mencuri perhatian netizen yang terkejut dengan puding buah ‘indah khabar dari rupa’ itu. Menurut mStar, Dira akui menempah puding tersebut dengan niat untuk menyokong bisnes peniaga tempatan pada 29 Ogos lepas.
Saya nampak iklan promosi puding tu dekat grup Whatsapp, saya tengok gambarnya cantik dan harganya pun RM25 je jadi saya cuba order.”
Menerusi video tersebut, Dira menunjukkan gambar puding buah itu seperti yang dipromosikan sebelum mendedahkan produk sebenar yang diterima ibunya di Rantau Panjang, Kelantan.
Katanya, dia dimaklumkan puding yang sepatutnya dihantar kepada ibunya pada 31 Ogos, telah rosak dan Dira dijanjikan satu lagi puding baru yang akan dihantar pada keesokan hari, 1 September.
Lepas dua hari baru dia hantar, rupa-rupanya orang yang saya order tu, dia bukanlah individu yang buat puding tu. Saya agak dia macam ejen kot.”
Masa 31 Ogos, individu yang saya hubungi tu maklumkan puding akan dihantar, tapi tak jadi sebab katanya orang yang hantar puding dah rosakkan makanan tu. Dia janji akan gantikan yang baru esok hari.”
@nadyraleas tak expect langsung tapi takpelah sebab benda pun xmahal sangat. Cuma terkejut jugak lah 😅 🙏🏻
Saya tak pasti sama ada puding yang mak saya terima tu dia betul-betul buat baru atau guna buah-buahan dari puding yang rosak. Tapi dalam voice note yang dihantar, dia kata dia buat baru dan puding rosak dah dibuang.”
Mak saya makan dia cuma kata puding tu lembik dan buah tu lebam. Jadi dia makan terus, tak simpan dalam peti sejuk pun.”
Kata Dira, selepas kecewa dengan puding diterima itu dia kemudian menghantar mesej kepada penjual terbabit namun tidak dibalas.
Lebih mengejutkan, pemilik asal foto puding buah yang digunakan untuk promosi itu ada hubungi Dira dan berkata gambarnya digunakan pihak lain untuk bisnes mereka.
Tuan sebenar gambar puding buah telah munculkan diri, jadi memang betul dia gunakan gambar orang lain untuk promosi.”
Aduhai, kenapalah aniaya orang macam ni. Nak berbisnes, buat betul-betul. Jangan curi hasil titik peluh orang lain dan menipu pembeli macam ni…