Sebagai seorang guru pastinya ingin berkongsi kisah-kisah yang terjadi dekat dalam kelas. Maklumlah, murid-murid ni ada macam-macam perangai. Tapi walau apa pun, gambar anak murid tidak patutlah dimuat naik lagi-lagi kalau ianya mengenai sesuatu yang memalukan.
Baru-baru ni, seorang guru telah berkongsi di Facebook mengenai dua orang pelajarnya dan nampaknya keluarga salah seorang pelajar terbabit terguris hati dengan entri tersebut. Katanya,
“Saya selaku family Aniq agak terkilan dengan posting ini. Saya rasa ini bukan bahan lawak jenaka untuk dipertontonkan. Lagi-lagi muka terpampang dalam ni.”
Bukan itu sahaja, kata individu itu, pelajar tu sendiri bernama Aniq turut rasa malu sehinggakan dia menangis kerana orang ramai menggelakkannya sehingga dipinggirkan. Apa sebenarnya yang guru itu dah lakukan?
Sebelum itu, guru tersebut telah menceritakan tentang dua orang pelajarnya yang bergaduh. Biasalah budak-budak. Namun, dalam pergaduhan tersebut, telah berlaku ejek mengejek di mana pelajar perempuan itu digelar “burger”, manakala pelajar perempuan itu mengejek Aniq sebagai “burger hangus”. Kata guru itu,
“Adoiii, saya terus tergelak besar sebab tak tahan dengan ejekan mereka berdua.
“Sabar jelah kan, Bebudak ni kaitkan saiz badan dengan burger. Saya pun suruh mereka bermaafan sesama mereka. Serius kalau saya tengok gambar ni memang akan ketawa sendiri.”
Hal ini menyebabkan ahli keluarga Aniq terasa hati kerana merasakan tidak wajar untuk guru itu memuat naik posting tersebut sehingga mengundang banyak komen yang rata-rata menjadikan Aniq sebagai bahan gelak.
“Yang gelak tu semua adalah ibu bapa. Kalau kena pada anak sendiri confirm korang akan naik angin. Budak tu orang tak gelak sangat sebab kulit cerah.”
Bukan itu je, katanya entri tersebut juga dah mengguris perasaan ibu Aniq kerana seolah-olah dah menghina fizikal anaknya.
“Bagi cikgu ini mungkin hal budak-budak, tapi tidak pada ibu Aniq.”
Selain itu, dia juga mengatakan sekiranya benar Aniq telah melakukan kesalahan, guru itu sepatutnya bersemuka dengan ibu bapa dan bukannya dengan cara memuat naik kisah di media sosial.
Kita kenalah berhati-hati hal macam ni. Mungkin guru itu pun tak menyangka akan jadi sampai macam ni. Biarlah ini menjadi pengajaran untuk semua.