Korang pernah tak hadap jalan jammed dan sesak lepastu ada polis trafik yang tolong jaga lalu lintas untuk lancarkan perjalanan.

Baru-baru ni, seorang remaja lelaki yang berusia 13 tahun didapati telah menggunakan seragam polis bagi tujuan mengawal lalu lintas di kawasan flyover Ciputat Jalan Juanda, Ciputat, Tangerang Selatan, Indonesia.
Remaja lelaki itu memakai seragam polis, helmet keselamatan, berbaju t-shirt berwarna kelabu, dan seluar berwarna hitam dengan tulisan polis.

Tujuan remaja tersebut melakukan perkara itu adalah untuk mengelakkan daripada pengguna jalan raya yang menggunakan motosikal daripada melawan arus.
Menurut portal tempatan kumparan, remaja itu sempat menahan pengguna motosikal yang melawan arus serta berpura-pura berkelakuan seperti polis.

Polis turut mengatakan bahawa remaja itu tidak melakukan sebarang kesalahan, dia hanya meminta pengguna jalan raya mematuhi lalu lintas dengan betul sahaja.
“Dia hanya meminta pengguna motosikal yang melawan arus untuk menggunakan jalan yang benar.” kata polis.

Remaja itu mengatakan bahawa tujuan dia memakai pakaian seragam polis adalah bagi membuat masyarakat setempat yang melawan arus berasa takut dan tidak berani melakukan perbuatan itu.
“Kalau saya pakai baju biasa mungkin orang ramai tidak akan mengendahkan saya. Tapi kalau saya pakai pakaian polis, baru semua orang akan mendengar arahan” katanya.
Wahhh, betul-betul semangat adik ni. Harap-harap nanti dah besar jadi polis ye! Korang tu jangan lah jalan berlawanan arus!
