in

Niat Dah Betul Tapi Tindakan Lelaki Berwuduk Guna Sinki Awam Di Jepun Undang Kecaman Netizen

Syaz Ft 2026 01 28T172008.423

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di media sosial yang menunjukkan tindakan seorang individu dipercayai warga Indonesia yang mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen, terutamanya di Jepun.

Menerusi hantaran tersebut, individu terbabit dilihat sedang melakukan ibadah solat dan mengambil wuduk di dalam premis berkenaan. Apa yang membuatkan ramai pihak terkedu adalah apabila individu tersebut selamba mengambil video ketika sedang beribadah, seolah-olah ingin menunjuk situasi tersebut kepada pengikutnya di media sosial.


Artikel berkaitan: Pelancong Dituduh Tak Hormat Budaya Jepun, Padankan Hijab Dengan Baju Tradisional Kimono

Artikel berkaitan: Rakyat Jepun Jengkel Dengan Sikap Pelancong Asing, Stroller Anak Halang Laluan Dalam Tren

Namun, kemuncak kemarahan netizen adalah apabila bukti menunjukkan individu berkenaan bertindak membasuh kaki di dalam sinki tandas premis tersebut. Walaupun perbuatan membasuh kaki untuk wuduk adalah perkara biasa di negara-negara Islam, namun melakukannya di dalam sinki awam di Jepun dianggap sebagai satu perbuatan yang sangat tidak beradab dan menjijikkan bagi budaya tempatan.

Hantaran itu turut menyebut bahawa pemandangan sebegitu mungkin “biasa” di sesetengah wilayah, namun di negara seperti Jepun yang sangat mementingkan kebersihan tandas, ia adalah satu kesalahan etika yang besar.

Cats 27

Malah, ramai juga netizen menyifatkan tindakan ini sebagai mementingkan diri sendiri dan boleh memberi imej buruk kepada pelancong Muslim yang lain.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.