Telatah 2 beradik cilik berpantun ini nampaknya telah menarik perhatian netizen kerana berkias tentang masalah Covid-19 di negara ini.
Dalam video tersebut, 2 beradik yang dikenali sebagai adik KuHana & KuMika ini ada menceritakan sedikit tentang beberapa masalah yang sedang berlaku disebalik mesej nasihat yang cuba disampaikan supaya rakyat duduk di rumah.
Pantun Dari Kita Untuk Mereka
Pantunya berbunyi:
Tiga Wilayah Selangor dan Sabah,
Sudah diarah kerja dari rumah,
Orang politik sedar-sedarlah,
Ini bukan masa untuk berbalah.
Raja sudah bertitah,
Sudah-sudahlah bertelingkah,
Rakyat sedang susah,
Belum masa keluar memangkah.
Buah cempedak di luar pagar,
Jangan ambil orang punya,
Titah raja jangan dilanggar,
Kalau langgar buruk padahnya.
Semua orang duduk rumah,
Sebab Covid belum sudah,
Pada yang makan rasuah,
Bertaubatlah banyakkan ibadah.
Video pantun Dari Kita Untuk Mereka yang telahh meraih sekitar 2,0000 perkongsian ini telah mendapat perhatian daripada Dewan Bahasa & Pustaka, bahkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sendiri, dikongsikan semula menerusi instagram @airtangan_tunkuazizah
Bukan niat nak kutuk, ini nasihat umum “
Berikutan dengan tularnya video tersebut, bapa kepada kanak-kanak ini Raja Faizul, 41, menjelaskan kepada mStar bahawa niatnya membuat video itu bukanlah nak mengutuk tetapi sekadar bagi nasihat.
Katanya video pantun yang diucapkan oleh Raja Muhammad Mikael, 5 dan kakaknya Raja Farhana, 7 ucapkan itu membawa mesej berkenaan dengan keadaan sekarang.
Raja Faizul juga berharap agar teguran yang diberikan dalam cara halus dan berhemah ini dapat diterima dengan hati yang terbuka oleh segelintir pihak
“Ini bukan niat nak kutuk, ini nasihat umum. Kita luahkan luahan hati menerusi bahasa seni. Selalunya orang kutuk dengan bahasa kasar, kita tak nak macam tu.”
Tambahnya lagi, sebagai orang Melayu, teguran yang dibuat dalam bentuk pantun kerana ada nilai kata-kata murni dan ianya dijadikan bahasa lembut untuk membuat teguran.
Susulan dengan penularan video itu telah mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Raja Faizul meluahkan bahawa dia begitu terharu.
“Bila dah sampai kepada baginda sendiri, saya harap lebih ramai yang akan dengar pantun berkenaan.”
Rata-rata memberikan komen positif video tersebut.