Setelah dimalukan oleh seorang penceramah di khalayak ramai ketika mencari rezeki halal dalam sebuah majlis ilmu di negara jiran, penceramah tersebut dikecam teruk oleh warganet dan ramai netizen apabila simpati mendengar luahan pakcik tersebut.
Lebih menyedihkan lagi, Pak Sunhaji meluahkan bahawa niatnya hanya ingin mencari rezeki halal dan tidak ambil pusing dengan kata-kata pencermah yang dikenali sebagai Gus Miftah Habiburrohman yang memanggilnya g*blok. Untuk baca kronologi penuh, boleh rujuk di bawah ini.
Artikel berkaitan : “Saya mencari rezeki buat anak” – Diketawakan Pendakwah Ketika Menjual Teh Ais, Ini Respon Pilu Pakcik Penjual
Artikel berkaitan : “Tidak murah hati” – Beli 7 Bungkus Nasi Lemak, Pelanggan Sindir Penjual Bila Minta Tawar Harga Tapi Tak Dapat
Susulan dengan kecaman hebat yang diterima oleh penceramah tersebut, Gus Miftah telah bersua dengan Pak Sunhaji dan ingin memohon maaf kepadanya. Jelasnya sambil memeluk erat Pak Suhanji, niatnya hanyalah mahu bergurau, tapi telah disalah ertikan.
Jelas Gus Miftah lagi, dia menyesal atas kelakuannya itu dan ia dijadikan sebagai pengajaran pada masa akan datang untuk lebih berhati-hati dalam memberikan sebarang kata-kata.
Dalam pada itu, Pak Sunhaji dilihat tersebut gembira dan memaafkan Gus Miftah serta meluahkan rasa senang melihat kedatangan penceramah itu.
Update!
Miftah mendatangi kediaman bapak Sun dan meminta maaf secara langsung ke bapak Sun..Miftah bilang niatnya bercanda tapi disalah persepsikan 😌 pic.twitter.com/69a2aCHjJM
— Maudy Asmara (@Mdy_Asmara1701) December 4, 2024
Bagaimanapun menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang seolah-olah masih belum terima dengan permohonan maaf tersebut kerana menganggap bergurau dengan menggelarkan seseorang dengan kata-kata yang agak kesat itu tidak sewajarnya dilakukan.
Bahkan ada juga yang mendedahkan bahawa kejadian Gus Miftah menggelarkan penjual teh ais g*blok dalam majlis ceramah itu bukanlah pertama kali, ada yang kongsikan video lain kejadian tersebut.
dia ga cuman sekali ngatain penjual es teh goblok pic.twitter.com/xDuJF7e1AZ
— yy (@sendalkrepes) December 4, 2024
Sebelum ini, isu mengenai Gus Miftah ini telah mendapat perhatian Setiausaha Kabinet, Mejar Teddy Indra Wijaya yang telah menegurnya berkenaan hal itu dan pendakwah tersebut telah membuat permohonan maaf secara umum.
Sumber : Pontianak Post, X, Kompas