in

“Niat anda tak betul” – Adam Corrie Tegur TikToker Guna Agama Untuk Kepentingan Diri

Adam Corrie Tegur Tiktoker

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, media sosial kecoh dengan kisah rumah tangga seorang influencer TikToker terkenal yang juga merupakan seorang usahawan, turut didakwa ingin memeluk agama Islam kerana mahu meraih keuntungan jualannya.

Bukan itu sahaja, TikToker berkenaan dikatakan sanggup menggunakan pekerja beragama Islam demi meraih perhatian pengikut segama dan sebangsa mereka.


Melihat pendedahan tersebut, seorang pelakon dan usahawan Adam Corrie Lee terpanggil untuk menegur tindakan TikToker yang ingin memeluk agama Islam semata-mata untuk kepentingan diri.

Menerusi hantarannya di Facebook, Adam menasihati mana-mana influencer tidak menggunakan agama Islam sebagai cara meraih keuntungan.

https://www.instagram.com/p/Cq-FlERubTu/?utm_source=ig_web_copy_link

“Bagi saya sebagai sebangsa dengan TikToker tersebut. Niat anda sudah tidak betul.

“Ingin menggunakan status agama untuk meraih keuntungan. Bukan kerana ingin menjalani kehidupan sebagai seorang muslim,” katanya.

Beliau menyatakan tidak salah untuk mereka yang bukan Islam mahu mengenal agama, namun perlu perbetulkan niat lebih-lebih lagi kita hidup dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Ujarnya, ramai yang memeluk Islam hanya kerana mahu berkahwin dan meraih keuntungan. Bagaimanapun, Adam menasihati pasangan mualaf hendaklah membimbing mereka ke jalan yang betul dan menjadi seorang muslim yang bertanggungjawab.

“Kalau yang niat nak masuk Islam dan kahwin wanita Islam sebab kepentingan diri, anda tak akan ke mana. Nanti anda akan salahkan Islam jika tujuaan utama peluk Islam nak dapat kekayaan tak tercapai. Fikir-fikirkan, agama bukan untuk dibuat main.”

Adam menegaskan jika seseorang itu mahu memeluk agama Islam, perlu perbetulkan niat hanya kerana Allah. Manakalah pasangan mualaf, dinasihatkan untuk selalu membimbing mereka seperti membawa mereka ke kelas agama.

Baca: Ibu & Anak Sebak Akhirnya Berjumpa Semula Lepas Terpisah Selama 32 Tahun
F3 Ibu Anak Bertemu Semula Selepas 32 Tahun Terpisah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.