in

“Ni parking aku, pergi cari lain” – [VIDEO] Netizen Bengang Tengok Wanita ‘Book’ Parking Di Sri Petaling

Ft Karen Sri Petaling

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umumnya, Polis Diraja Malaysia sebelum ini telah menegaskan bahawa kegiatan berdiri dalam kotak untuk ‘booking’ tempat letak kereta merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 119, membolehkan individu yang melakukan perkara tersebut berdepan denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan.


Bagaimanapun, masih ada yang kurang peka dan melakukan perkara ini, semalam, viral satu video di TikTok memperlihatkan kejadian ‘cop parking’ ini di Sri Petaling.

 

“Ini parking aku, pergi cari lain!”

Berdasarkan perkongsian daripada individu ini, wanita tersebut berdiri dalam kotak parking dan enggan berganjak biarpun dia dah menghampiri kawasan tersebut.

Untuk pengetahuan, kawasan Sri Petaling ini merupakan satu kawasan yang agak sesak dan susah nak jumpa spot parking.

Karen Sri Petaling

Wanita itu juga ada menjelaskan bahawa wanita tersebut ada menyuruhnya untuk cari tempat lain kerana wanita itu mengatakan tempat tersebut ‘hak miliknya’.

Dalam penghujung rakaman ini, individu tersebut hanya berlalu pergi sementara wanita tersebut terus berdiri terpacak disitu.

@whatitdostu

“This is my parking, go look for a different one” said the lady. I didn’t know this kind of people still exist.. lmao #fyp #foryoupage #fypシ #malaysia

♬ original sound – ?✨ – ?✨

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, individu tersebut juga meminta mana-mana netizen untuk berikan akaun wanita tersebut seandainya dapat kenal pasti identitinya.

Karen Sri Petaling 2

 

Kalau saya, saya hon je panjang-panjang – Netizen

Video yang telah meraih 280K jumlah tontonan dalam masa 21 jam ia dimuat naik ini telah mengundang kemarahan orang ramai, ada yang berharap agar lelaki ini dapat bertindak untuk ‘lawan’ sampai dapat kotak parking tu.

Malah, rata-rata dah tahu mengenai hal ini bahawa perbuatan sebegitu salah disisi undang-undang.

Karen Sri Petaling 4 Karen Sri Petaling 5 Karen Sri Petaling 6

Mungkin individu ini tidak mahu isu diperbesarkan dan tujuan dia merakam adalah supaya kita tidak melakukan perkara sedemikian kelak. Kenalah berlaku adil kan?  Orang lain pun kena hadap sesak kalau ada di sesuatu tempat tu.

 

Baca : “Tengok muka pun tau Karen” – Minah Saleh Naik Angin, Dihalang Masuk Butik Dior KLCC Sebab Tak Pakai Mask

Karen In Malaysia Tak Pakai Mask

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.