Selalu kita tengok dalam drama TV Melayu terutamanya, ada je scene orang bergaduh mulut sampai bertumbuk dan tak puas hati kalau berniaga sebelah-sebelah.
Sampaikan terfikir, betul ke memang orang berniaga selalu berdepan dengan masalah macam ni? Ada saja yang tak kena kat mata orang lain.
Dihantar oleh bangsa Melayu
Tapi apa didedahkan lelaki ini di Twitter nampaknya benar-benar berlaku. Lagi memburukkan keadaan, dia turut menjumpai barangan dipercayai untuk sihir kedai kakaknya.
Barangan seperti paku, beras dan besi dawai ditemui dalam bungkusan kain putih itu.


Tambah Fazil lagi, mereka sekeluarga tahu siapa yang menghantar benda syirik ni ke kedai tu. Bukan untuk memburukkan tapi ia dilakukan oleh bangsa Melayu.

Mana adab meniaga ni..busuk hati betul!
Selalu jadi pada orang berniaga
Nampaknya perkara ni selalu berlaku kepada mereka yang berniaga terutamanya kedai makan. Ini dikongsikan oleh pengguna-pengguna Twitter lain.
Kebanyakan daripada mereka kata pelanggan selalu takkan nampak kedai dibuka walaupun ada depan mata saja.


Ish..kenapa ada juga orang terfikir nak buat perangai macam ni ye? Sampai hantar benda bukan-bukan kat tempat orang.
Amalkan baca ayat ini
Prihatin dengan masalah dihadapi mangsa, ramai juga yang hulurkan bantuan dan peringatan sekiranya perkara sama berlaku kepada orang lain.


Janganlah kita berdengki dengan rezeki orang lain. Percayalah, Allah swt dah tetapkan rezeki masing-masing. Insya Allah.