Dandanan rambut serta colouring bukanlah sesuatu yang baru dalam gaya hidup seseorang wanita, ramai yang sanggup menghabiskan sejumlah wang yang besar untuk mendandan rambut sehingga mencapai kepuasan diri.
Pun begitu, hairstyling ini memerlukan teknik yang betul dan jika anda tidak mahu rambut anda rosak, anda perlu pergi ke salon yang dipercayai.
Itulah yang terjadi kepada seorang influencer yang juga ahli perniagaan Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall.
Dia meluahkan rasa sedih serta marahnya apabila rambutnya rosak malah hampir botak kerana bleaching yang tidak dilakukan dengan betul.
@sitijamumall Serikkkkk dh bagi orang sebarangan colour. Charge smpai 570 dpt hancur rosak rambut
Difahamkan, dia telah pergi ke sebuah salon di Johor Bahru untuk mendandan rambutnya dan dia memberitahu pendandan tersebut telah pun mengambil masa yang sangat lama untuk melakukan bleaching pada rambutnya.
Malah, dia turut memberitahu dia telah dicaj RM 570 untuk melakukan dandanan rambut itu, keadaan rambutnya kini sangat teruk sehinggakan ia menjadi semakin pendek serta rapuh.
“Lebih sejam pendandan ‘bleach’ rambut saya. Apabila saya tanya, dia cakap itu perkara biasa. Masing-masing tak nak ambil tanggungjawab hingga saya buat ‘live’. Ketika itu semua kelam kabut datang nak buatkan rambut saya.
Tapi, tak tahu boleh selamat lagi atau tak. Rambut ini adalah mahkota bagi setiap wanita. Sedih sangat dengan apa yang terjadi.
Kawan saya yang kerja di salon ada cakap, selepas dua minggu rambut saya boleh botak. Kalau tengok sekarang dah macam apa. Kosong, habis nampak kulit kepala.
Saya pula tak tahu semua ni. Saya percaya sebab dia cakap sudah tujuh tahun pengalaman dalam bidang ini.” katanya.
Disebabkan insiden tersebut, Siti Jamumall telahpun bercakap dengan peguamnya untuk mengambil tindakan lanjut.
Sudah pastinya dia jadi risau kerana dia ‘mencari makan’ dengan membuat sesi live di Facebook dan jika rupanya tidak menyenangkan pasti ia akan merendahkan keyakinannya.
Hati-hati girls, kalau nak bleaching cari salon yang trusted ok?