in

“Ni dah kali kedua” – Mek Yun & Ibu Diekori Lelaki Creepy Ketika Berjalan Di Dalam Mall

ft mek yun ibu diekori lelaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh terkenal, Mek Yun baru-baru ini mengalami satu detik yang mencemaskan bersama ibunya ketika sedang berjalan-jalan di SOGO.

Jelas Mek Yun, dia sudah masuk ke 3 kedai di dalam pusat membeli belah tersebut, tetapi lelaki yang difahamkan bukan warganegara tempatan itu mengekorinya.


“Dia macam acah-acah tengok barang tapi sebenarnya dia tengah mengekori kitaorang.”

Mek Yun ada tunjukkan rakaman lelaki tersebut menerusi TikTok miliknya dan meraih lebih 150K jumlah tontonan dalam masa 2 hari. Lelaki tersebut cuba menghampiri mereka dan berlegar-legar berhampiran dengan dua beranak ini.

Tak tahan diekori, Mek Yun menjelaskan bahawa dia ada cuba nak bersemuka dengan lelaki tersebut namun begitu, lelaki tersebut terus beredar kerana mula perasan yang Mek Yun sedang merakam perbuatan anehnya itu.

@mekyunnnn

What is wrong with certain men nowadays?! Can’t you let us women walk in peace and not be a creep?! Sebelum mamat creepy ni lari, dia berani datang dekat-dekat and Mekyun hampir nak confront dia and Mok nak panggil security guard tapi bila dia nampak je Mekyun tengah record muka dia, dia terus pusing balik and jalan belah laju-laju!!! Ni kali kedua Mekyun & Mok kena follow macam ni, both by foreigners. And Mekyun alone, dah kena follow 5 kali before this!!! Please be careful ladies, get help right away if you ever experience this alone!! And kalau nak confront, make sure you confront these creeps in public or near the security guard!! ??

♬ original sound – Mekyun – Mekyun

Sementara itu, jelas ibu Mek Yun pula, dia memang dah bersedia untuk melaporkan hal ini kepada pihak pengawal keselamatan dan perhatikan reaksi lelaki tersebut. Mek Yun juga turut menasihati para wanita agar sentiasa berhati-hati jika perkara ini terjadi.

“Kalau jadi kepada anda, masuk sahaja ke kedai itu dan laporkan kepada staf atau laporkan kepada pengawal keselamatan, jangan jalan sorang-sorang terutamanya di parking.”

Jelas Mek Yun lagi, kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku kepadanya. Menurutnya, kejadian ini adalah kali kedua ketika Mek Yun dan ibunya diekori ketika berjalan-jalan. Manakala ketika Mek Yun berseorangan, ini adalah kali kelima!

“Sebelum mamat creepy ni lari, dia berani datang dekat-dekat and Mek Yun hampir nak confront dia and Mok nak panggil security guard tapi bila dia nampak je Mekyun tengah record muka dia, dia terus pusing balik and jalan belah laju-laju!!!”

“Ni kali kedua Mekyun & Mok kena follow macam ni, both by foreigners. And Mekyun alone, dah kena follow 5 kali before this!!!”

Ramai netizen yang kongsikan pengalaman lebih kurang sama dan ada yang memberikan pesanan kepada Mek Yun agar lebih berhati-hati. Zaman sekarang ni dekat tempat awam yang ramai orang pun boleh jadi ancaman.

Baca : “Tabik pengurusan surau” –  Netizen Kagum Tengok Mekyun Sekeluarga Dapat Sambut Raya Di Surau

mekyun sambut raya surau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.