Sejak semalam, tular satu video memaparkan sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna merah dilihat mengangkut banyak barang di atas bumbung serta sisi kereta hingga mencetuskan kegusaran ramai.
Ada yang mendakwa pemandu sedang berpindah dan ingin berjimat cermat, oleh itu dia tidak menggunakan khidmat lori dan mengangkut barang-barang kepunyaannya menggunakan kereta sendiri.
@ameydeen_ Dah kenapa pula ni? Hahaha tuan tanah HALAU dari rumah ke tu?🤔🙄 Kredit: owner vid #perangaipelik #banyakbarang #letakataskereta #kenahalau #pindahrumah #fypviralシ
Artikel berkaitan: ”Jenuh nak turunkan” – Akibat Tersangkut Pada Pokok Kelapa, Lori Ini Tak Sengaja Buat ‘Wheelie’
Artikel berkaitan: “Pecut lori sampai 100km/h” – Lelaki Memandu Secara Berbahaya, Rupa-rupanya Tengah Bergelut Dengan Ular Berbisa
Barang habis terburai, bahayakan orang sekeliling
Namun tidak lama selepas itu, tular satu video memaparkan barang-barang yang diangkut kenderaan tersebut jatuh terburai di atas jalan hingga menyebabkan kesesakan lalulintas dan ada kenderaan yang hampir berlanggar dengan Axia merah tersebut.
Barang-barang yang berlonggok di atas jalan raya itu pula kelihatan seperti tilam dan katil yang sudah rosak bersama kayu-kayu yang usang.
@she_kin17 Wahai pakcik . Ingatlah kami pun ada insan trsayang🥹 pakcik jgn la bawak kereta banyak2 barang mcm ni. Bahaya pakcik😭 sye pun risau tgk pakcik bawak kereta mcm tu nampak ke jalannya😌 nasib baik semua org slow je tau . Kalau ada yg bawak laju tak sempat brek mcm mne 😫 semoga dipermudahkn segala urusan pakcik ya🤲🏻
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Rata-rata yang melihat video yang dikatakan berlaku di Bukit Changgang, Sepang itu tertanya-tanya apakah yang sedang dilakukan oleh pemandu terbabit dan adakah benar dia ingin berpindah.
Namun seorang netizen tampil memberi penjelasan dengan mendakwa bahawa pemandu kenderaan itu merupakan seorang pakcik yang memiliki sebuah bengkel kereta.
Malah pakcik itu juga pernah viral beberapa kali sebelum ini kerana menggunakan kenderaan pelanggannya dan melakukan perkara yang sama sehingga kenderaan itu terlibat dalam kemalangan. Alamak naya kalau betul macam ni…
Selain dari komen itu, ramai juga di kalangan netizen yang berharap agar pihak bertanggungjawab memantau pemandu berkenaan dan kemungkinan besar boleh membantunya jika sedang berdepan dengan sebarang masalah.
Risau kalau barang tu terjatuh atas penunggang motosikal atau kenderaan sebelah. Bahaya tu…
Sumber: TikTok