in

“Ni baru betul susah senang bersama” – Tak Ambil Pusing, Netizen Salute Geng Atlet OKU Ini Jawab Pertanyaan Orang

Ft Atlet Oku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mereka ini adalah satu contoh terbaik untuk kita love/embrace yourself, jadikan satu kelemahan sebagai kelebihan mereka.

Satu video mengenai sekumpulan pemuda OKU (Orang Kelainan Upaya) telah menjadi tumpuan di TikTok apabila ada netizen bertanyakan satu soalan mengenai keadaan fizikal mereka.


Video ini telah meraih lebih daripada 3 juta tontonan dalam masa sehari ia dimuatnaik!

 

“Korang kemalangan ramai-ramai ke sebab semua nampak kaki palsu”

Tidak melatah dan bersikap terbuka, pemilik akaun @balaustory atau nama sebenarnya Mohd Hafiq Hizwan Norizan memberikan jawapan yang mencuit hati penonton.

@balaustory

Reply to @jay.1st nah aku dh tnya kn , jgn tnya lg 😅#balaustory #fyp #maapcakap #kemarok #loghatmelaka #celahbedah

♬ original sound – Balaustory – Balaustory

Untuk pengetahuan mereka semua ini adalah atlet bola sepak untuk golongan OKU dari Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2019.

Persatuan ini diketuai oleh Fakri Raimi Razak (kalau dalam video diatas, dia adalah orang yang jawab kencing tikus).

Jadi, berbalik kepada punca sebenar, Fakri menjelaskan kepada Team Lobak Merah bahawa kesemua individu dalam video tersebut Muhammad Alif bin Tarmezam, Muhd Nur Aizat bin Yunus, Mohammad Haqimie bin Hasim dan Mohd Haris Danial bin Omar ini sebenarnya terlibat dalam kemalangan motosikal.

Ramai netizen puji dan terhibur dengan jawapan yang diberikan, dalam masa yang sama, ramai juga yang mendoakan mereka.

Oku Oku2 Oku3 Oku4 Oku5 Oku6

Aktif sejak tahun 2016

Pada tahun 2015, Fakri menjelaskan bahawa dia telah menemui jurulatih untuk sukan bola sepak orang buta, pada asalnya kumpulan ini hanya dianggotai oleh 5 orang namun kini sudah mempunyai 80 orang ahli dari seluruh Malaysia.

Whatsapp Image 2022 02 14 At 2.23.59 Pm

Mereka kemudiannya mula aktif pada tahun 2016 dan pada tahun 2019, persatuan yang menghimpunan golongan-golongan OKU kudung ini ditubuhkan secara rasmi dan bergiat aktif sehingga ke hari ini.

“Setiap tahun kita ada aktiviti tahunan untuk kita raikan geng OKU, kita bermain bola bersama-sama, cuma negeri tu kita akan bertukar-tukar, 2017 kita bermula di KL, 2018 Johor dan 2019 di Perak dan itu yang terakhir buat masa ini kerana tahun 2020 ditangguhkan sebab PKP.”

Whatsapp Image 2022 02 14 At 2.27.15 Pm

Ketika dihubungi Lobak Merah, Fakri menjelaskan bahawa persatuan ini mempunyai satu misi yang dikenali sebagai Projek Tongkat dimana ia adalah satu inisiatif memberi kesedaran tentang sukan bola sepak kudung kepada orang awam selain menjadikan persatuan ini sebagai satu platform untuk OKU kudung aktif bersosial dan aktif dalam acara sukan bola sepak.

Dalam pada itu, Fakri juga menjelaskan bahawa matlamat misi ini juga adalah untuk menaikkan nama Malaysia dalam satu acara Kejohanan Bola Sepak Orang Kudung Zon Asia Timur di Bangladesh dan Piala Dunia Bolasepak Kudung di Turki.

“Kita juga nak bawa orang-orang kudung dari Gaza iaitu orang-orang yang terkena bom, yang kudung kena tembakan ke Malaysia untuk raikan mereka dengan bermain bola sepak.”

Namun begitu mereka menjelaskan bahawa untuk merealisasikan impian, mereka memerlukan dana daripada orang awam, jika ada yang sudi, boleh klik disini.

Apapun, sama-samalah kita doakan semoga urusan mereka dipermudahkan. Aminn.

 

Baca : “Tak tahu kat mana lawaknya” – Tular Video Geng Basikal Persenda Golongan OKU Gunakan Tandas Khas

Video Persenda Oku Geng Basikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.