in

“Ni baru betul street food”- Pemilik Kafe Di Thailand Buka Kedai Di Lintasan Zebra

f3 lintasan thai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Thailand terkenal dengan kepelbagaian makanannya yang sedap dan unik. Kalau melancong ke Thailand, tak sah kalau kita tak jejakkan kaki ke pasarnya untuk cuba street food dorang macam pulut mangga dan som tam.

Sebuah gerai makanan di Thailand ini pula nampaknya betul-betul menawarkan street food apabila pemiliknya menawarkan tempat duduk dan meja makan di atas lintasan belang atau zebra crossing!


Menurut The Smart Local, gambar gerai makan itu telah menjadi perhatian netizen di negara itu setelah ia dikongsikan melalui sebuah laman Facebook.

https://www.facebook.com/warinzoomnow/photos/a.111401514547723/162535152767692/

Dalam gambar yang tular terbabit, dapat dilihat dua orang individu dipercayai pelanggan kedai makan itu sedang duduk di meja makan yang diletakkan di atas lintasan zebra berwarna merah putih.

Lokasi gerai itu pula dikatakan terletak di hadapan sebuah hospital di Thailand. Rata-rata netizen Thai yang bergurau dan berpendapat makan di gerai itu boleh diibaratkan macam makan di karpet merah.

lintasan thai 3

Namun, ada juga segelintir daripada mereka yang mempersoalkan kenapa pihak polis membiarkan sahaja pemilik kedai meletakkan kerusi dan meja di tempat laluan pejalan kaki.

Rupa-rupanya, lepas gambar tu tular, pihak berkuasa di sana dah mengenakan denda kepada pemilik gerai sebab apa yang dilakukannya itu menyalahi undang-undang jalan raya.

Pemilik kedai pula kata dia sebenarnya tak tahu bahawa tindakannya itu salah. Namun, difahamkan, individu yang mula-mula menularkan gambar tersebut juga ada membantu tuan empunya gerai untuk membayar denda tersebut.

Konsep street food tu dah unik dah, cuma macam menempah maut la pulak makan tepi jalan ni.

Sumber: The Smart Local

Baca: “Tak ada yang jatuh sakit”- Sup Unik Kedai Di Thailand, Direneh Lebih 45 Tahun Tak Pernah Buang 

lintasan thai 1

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.