in

“Ni baru betul” – Netizen Puji Tindakan Keluarga Kuarantinkan Diri, Khuatir Dijangkiti Covid-19 Ketika Hadiri Majlis Doa Selamat

feature 1 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ini semakin ramai yang memakai topeng muka disebabkan tidak mahu dijangkiti virus korona yang menunjukkan trend peningkatan di Malaysia.

Namun, ada juga yang bersikap pentingkan diri sendiri dengan tidak mahu kuarantinkan diri apabila menunjukkan simptom-simptom wabak tersebut. Tak patut betul diorang ni kan. 


Lain pula ceritanya dengan sebuah keluarga di Shah Alam ini. Menurut perkongsian Syaf Jas di Twitter, sebuah keluarga yang dipercayai tinggal di Shah Alam telah memaklumkan kepada jiran tetangga dalam group Whatsapp bahawa mereka berkemungkinan dijangkiti virus berbahaya tersebut.

twitter covid 2

Wow, bagus diorang ni kan.

Dalam mesej di Whatsapp tersebut juga, pasangan suami isteri tersebut memberitahu bahawa mereka telah ke majlis doa selamat pada 29 Februari lalu di sebuah lokasi di Petaling Jaya.

Rupanya ada seorang kawan mereka yang namanya tidak boleh didedahkan telah disahkan positif Covid-19 selepas majlis tersebut.

Jadi, mereka memaklumkan kepada semua jiran tetangga agar turut menjalani pemeriksaan kesihatan disebabkan mereka telah ke surau kawasan perumahan mereka tinggal selepas majlis terbabit. Katanya, mereka risau kalau-kalau ada jiran yang turut dijangkiti.

Buat masa sekarang, keluarga ini juga telah mengasingkan diri di rumah kerana dikhuatiri mereka juga positif jangkitan ini.

Rata-rata netizen salute dengan tindakan bertanggungjawab keluarga ini.

twitter ccovid

Ha, macam ni baru betul. Ni tak, siap sembunyikan lagi sejarah perjalanan ke luar negara semata-mata tidak mahu dikuarantinkan.

Baca: “At least ada jugalah yang bersivik” – Pelajar Wuhan Kuarantin Diri Sendiri Dalam Garaj Sebab Taknak Keluarga Dijangkiti Covid-19

baca

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.