Mesti korang pernah ada pengalaman memalukan ketika zaman kanak-kanak dulu kan? Kadangkala bila diingat semula, kita juga tidak tahu bagaimana perkara itu boleh terjadi. Betul tak?
Terbaru, satu video tular di TikTok yang memaparkan seorang kanak-kanak terpaksa dikejarkan ke bomba selepas jarinya tersekat tulang kambing daging perap.
Artikel berkaitan: Peniaga Dipuji Ramai, Mahir Buat Pancake Dengan Pelbagai Motif Kartun Kesukaan Kanak-kanak
Artikel berkaitan: “Alahai Geramnye” – Gelagat Kanak-Kanak Lelaki Tiru Gaya Jackie Chan Buat Netizen Terhibur
Dalam video itu, dapat dilihat jari kanak-kanak itu tersangkut tulang yang berbentuk seperti sebentuk cincin dan ianya bahagian tulang yang sering terdapat dalam kambing perap.
@bombatelukintan Selesai ✅ Pak Mat Western boleh la sponsor adik ni sebab adik ni suka makan daging perap Pak Mat ?
Video tersebut dikongsikan di TikTok oleh Bomba Teluk Intan, merujuk kapsyen video itu difahamkan ianya kambing perap jenama terkenal iaitu Pak Mat Western.
“Pak Mat Western boleh la sponsor adik ni sebab adik ni suka makan daging perap Pak Mat,” tulisnya di kapsyen.
Pelbagai telatah dapat dirakamkan dalam video tersebut, salah satunya ialah seorang bomba dilihat menggaru kepalanya seakan tidak dapat memahami apa yang sedang berlaku.
Di pengakhiran video itu, tulang daging kambing itu dilihat berjaya dipotong dan kanak-kanak itu juga berada dalam keadaan yang selamat.
Adui, nasib baik semuanya selamat…
Sumber: TikTok