in

“Ni akan memudahkan kita lagi” – Sensor Pada Telefon Ini Boleh Detect Covid-19 Dengan Hanya Batuk Atau Bersin

Untitled Design 5 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari demi hari dunia makin risau dengan penularan wabak covid-19. Kini keseluruhan positif covid-19 telah mencecah angka 4 Juta, hal ini menyebabkan ramai pengkaji dan saintis lebih berusaha dalam mencari jalan untuk menghentikan virus ini.

Sehubungan dengan itu, pengkaji di Universiti Utah, Amerika Syarikat sedang membuat satu sensor yang boleh mengesan Covid-19 pada seseorang dengan cara batuk atau bersin, lapor WLOX.


Sensor2

 

Difahamkan, sensor ini akan dipasang pada telefon dan berupaya mengesan sama ada seseorang itu dijangkiti virus dalam tempoh 60 saat.

Projek mereka ni pada awalnya untuk memerangi virus Zika, bila lihat Covid-19 ini lebih berbahaya mereka memasukkan cip yang boleh ‘detect’ virus ini juga. Maksudnya sensor ini mampu mengesan kedua-dua virus ini ye, bagus 2 dalam 1.

Difahamkan satu prototaip yang bersaiz seperti duit syiling akan dipasang di dalam telefon tersebut. Dengan menggunakan bluetooth ia akan merekodkan individu yang bercakap di dalam telefon itu pada sistem jika mereka terkena jangkitan.

Sensor1

Jika semuanya berjalan dengan lancar, aplikasi ini akan menjalani tempoh percubaan pada Julai depan dan ianya boleh didapati pada bulan Ogos.

Kaedah Penggunaan

Pengguna sensor ini dikatakan perlu download satu aplikasi yang akan mengesan sama ada mereka terkena jangkitan ataupun tidak.

Mereka kemudiannya harus tunggu dalam 60 saat untuk mengetahui sama ada mereka positif atau tidak melalui warna yang akan dipaparkan.

Lebih hebat lagi, jika individu itu disahkan positif, akan ada satu butang yang akan menghantar maklumat tersebut kepada badan kesihatan.

Penjelasan Projek

Projek ini diketuai oleh, Prof Massood Tabib-Azar, yang juga merupakan jurutera di Universiti Utah tersebut.

Sensor3

Berikut adalah penjelasannya.

Idea utama adalah untuk membolehkan rakyat mempunyai kelengkapan peribadi mereka sendiri untuk mengesan Zika di tempat-tempat mereka kunjungi.

Sebaliknya, rancangan tersebut telah diubah suai untuk membolehkan mereka mengesan Covid-19 sekali.

Jika seseorang  batuk, bersin atau menghembus nafas pada sensor tersebut, ia akan dapat mengetahui sama ada mereka menghidap Covid-19 atau tidak.”

Nak tengok video boleh klik sini.

 

Baca: “Dunia makin canggih weyh” – Gempak! Ini Idea Unik Singapura Dalam Atasi Covid-19, Robot Anjing Jadi ‘Pemerhati’

Annotation 2020 05 18 125211

 

 

Sumber: WLOX
Sumber: WLOX
Sumber: WLOX

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.