Pesembahan lagu Drama daripada Drama Band di AJL 32 semalam telah mengundang kecaman netizen. Rata-rata netizen bengang dengan cara gaya persembahan yang dianggap sebagai tidak ada etika kerana menyelitkan unsur-unsur politik.
Sebelum mengakhiri pesembahan, kumpulan yang bertanding pada malam berprestij itu didakwa ada menyindir bekas Perdana Menteri dan isterinya.
Maafkan kami atas salah silap kami – Aepul Roza
Susulan itu, ia telah mengundang kemarahan pihak-pihak tertentu. Vokalis dari kumpulan tersebut Aepul Roza tampil memohon maaf kepada pihak yang tersinggung susulan persembahan yang mengundang kontroversi itu.
Jelasnya, ia merupakan sebuah jalan cerita kehidupan yang ingin dipamerkan dalam persembahannya.
“Kepada yang tersinggung, ampunkan kami. Hanya jalan cerita kehidupan, yang kadangkala warnanya tidak kita gemar”
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks, Johan Ishak tampil memberi penjelasan bahawa pihaknya tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai konsep yang ingin dipersembahkan.
Padahal sewaktu sesi latihan, tak ada pun – Johan Ishak
Menerusi Malaysia Kini, Johan menyifatkan gimik itu keterlaluan kerana memberi impak pada malam final AJL34.
“Ia adalah salah satu contoh apabila peserta finalis menghasilkan gimik melampau. Padahal sewaktu sesi latihan, tak ada pun konsep terbabit (politik).”
Katanya lagi, Drama Band sepatutnya memaklumkan sekiranya mereka ingin tampil dengan elemen sensitif sedemikian.
“Sepatutnya mereka cakap dari segi mesej apa nak buat dengan konsep persembahan itu tapi tidak. Ni agak sensitif”
Tambah Johan lagi, tindakan sewajarnya diambil sekiranya kumpulan terbabit didapati melanggar kod kandungan penyiaran yang ditetapkan.
Baca : “Berani sungguh!” – Selain Aina Abdul, Persembahan AJL Drama Band Kena Buang Dari Youtube