in

Ngeri! Gara-gara ‘Selfie’ Di Tebing Pantai, Pelancong Hilang Akibat Dibadai Ombak Deras

Ombak Ganas

Sedang berlegar di media sosial sejak awal pagi tadi, sebuah video yang memaparkan seorang individu merakam aksi beberapa orang pelancong yang berdiri di tepi Pantai Kedung Tumpang, Tulungagung, Jawa Timur menikmati pemandangan indah di kawasan itu.

Walau bagaimanapun, situasi yang indah itu bertukar menjadi tragedi apabila muncul satu ombak besar dilihat membadai tebing pantai itu sehingga beberapa orang pelancong yang berdiri di kawasan itu terjatuh dan hanyut dibawa ombak tersebut.

Artikel berkaitan: “Lantai retak” – Netizen Seram Tengok Ombak Kuat Badai Medan Selera Padang Kota & Pantai Bersih

Artikel berkaitan: “Maafkan saya abang” – Isteri Luluh Tak Dapat Selamatkan Suami Dibawa Ombak Di Pantai Batu Burok

Salah seorang mangsa, Roni Joshua Simanjuntak, 20, yang berasal dari Medan dilaporkan hilang akibat dibadai ombak berkenaan.

Mangsa dikatakan dibadai ketika sedang berselfie dekat tebing pantai tersebut. Menurut Sindonews, mangsa difahamkan melancong di kawasan peranginan itu bersama 15 orang rakannya dari kampung.

Seret Ombak

Namun tidak terduga, ketika sedang bergambar, ombak besar telah menghentam mangsa dan beberapa orang rakannya yang berada di tebing pantai. Tubuh mangsa dikatakan telah diseret ombak hingga ke tengah laut.

Difahamkan sehingga saat ini, mangsa masih tidak lagi ditemui dan pihak berkuasa memaklumkan bahawa mereka sedang melakukan yang terbaik dalam usaha untuk menyelamatkan mangsa.

Ngeri tengok ombak besar macam tu! 

Sumber: X, Sindonews