Setelah 2 pingat gangsa yang diperoleh oleh kem negara di Sukan Olimpik Paris 2024, semua mata kini bertumpu kepada atlet berbasikal negara, Dato’ Azizulhasni yang diletakkan sebagai harapan untuk membawa pulang pingat emas untuk negara.
Menerusi suatu perkongsian di Facebook, atlet yang mesra disapa dengan nama Jijoe itu turut menyatakan keterujaannya untuk ‘turun padang’ untuk acara berbasikal yang akan berlangsung esok dan merupakan penampilan kelima dan terakhir buatnya.
Pun begitu, sementara menanti acara berbasikal yang akan bermula esok (7/8), Jijoe ada memuatnaik beberapa perkongsian sepanjang beliau berada di Perkampungan Sukan Olimpik Paris 2024.
Jika sebelum ini Azizul ada kongsikan tentang cara atlet mendapatkan air percuma daripada ‘mesin gedegang’ hanya menggunakan tag yang diberikan, kali ini Jijoe mendapat pujian ramai kerana telah ‘membawa’ peminatnya berjalan-jalan di perkampungan sukan berkenaan.
Artikel berkaitan : Azizulhasni Tunjuk Cara Atlet Olimpik Guna ‘Special Tag’, Dapat Air Percuma Di ‘Vending Machine’
Artikel berkaitan : “Apa salah saya” – Lee Zii Jia Menangis Semasa Ditemubual Wartawan, Luah Suka Duka Sebelum Genggam Pingat
Terbaharu, Jijoe berkongsi kemudahan yang ada di bangunan yang dikhaskan untuk pasukan Malaysia dan salah satu daripadanya adalah bilik khas untuk tujuan rehabilitasi para atlet negara.
@azizulhasniawang Team Mas Medical & Recovery Room at the Olympic Games #GoAzizulGold #LetsDoThisTogether #roadtoparis2024 #roadtoparis #weareonewithazizul #demimalaysia #teamazizul #azizulawang #kamisemuateammas #OLYMPCPRIS #2 ♬ original sound – Azizul | Awang
Menurut Azizul, bilik tersebut disediakan khas buat para atlet yang bertanding dan berfungsi sebagai tempat rehabilitiasi buat para atlet yang mempunyai kemudahan klinik, fisioterapi serta urutan sukan dan dilengkapi dengan seorang doktor, 3 orang fisio dan juga 2 orang sport therapist.
Memasuki ruangan komen, ramai yang mendoakan agar Jijoe dapat merangkul pingat emas pertama negara dan tidak kurang juga yang meminta agar atlet berbasikal tersebut untuk ‘membawa’ mereka melawat ke tempat lain juga.
Antara yang menjadi permintaan adalah pusat media, masjid, kawasan makan dan macam-macam lagi permintaan termasuklah untuk ‘review’ para atlet Malaysia yang ada di perkampungan sukan tersebut.
Sumber : TikTok