in

Netizen Tunjuk Bukti Lelaki Pun Kuat Membawang Dekat IG Post Pasal Ronaldo Ni…

Lelaki Kuat Bawang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu bila cakap pasal bergosip atau orang zaman sekarang panggil ‘membawang’, mesti dikaitkan dengan kaum Hawa kan? Asal bergosip je sinonim dengan perempuan. Tapi, sebenarnya lelaki pun kuat membawang tauuuuu! Haaa jangan terkezutttt, admin ada bukti!

Seorang pengguna Twitter baru-baru ni post beberapa screenshots IG post pasal pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo. Hanie, menunjukkan beberapa gambar yang membuktikan kaum Adam pun kuat membawang hokaaayyyy!


Ni contoh lelaki tengah membawang ke?”

Posting tu menunjukkan gambar Cristiano Ronaldo bersama 3 daripada 4 anaknya dan turut kelihatan, teman wanita bintang bola sepak tu yang juga seorang model, Georgina Rodriguez.

Katanya, Ronaldo telah melamar Georgina untuk dijadikan suri hatinya selepas dua tahun menjalin cinta!

Ronaldo Gio
sumber: instagram

Khabar angin itu masih belum dipastikan kerana kedua-dua Ronaldo mahupun Gio belum buka mulut untuk pastikan kebenarannya. Tapi, seorang sumber terdekat memberitahu yang perkahwinan pasangan tu akan berlangsung.

“Cristiano sudah melamar Gio (Georgina) untuk mengahwininya. Perkahwinan itu akan berlangsung tapi hanya beberapa orang saja yang tahu tentang ini. Apa yang diketahui, sekarang ini Gio sudah pun mencuba beberapa gaun perkahwinan.”

Ronaldo Family
sumber: instagram

Melalui posting Hanie, dia sempat screenshots perbualan lelaki yang bercakap tentang kisah lampau Ronaldo serta hubungannya dengan model dari Rusia, Irina Shayk satu ketika dulu.

Tengok ni, admin pun terhibur tengok tahap bawang depa!

Aku ingatkan CR dah kahwin, Habis tu CR Junior tu anak dia lah kan? Terangkan admin…”

Lelaki Bawang 1

Lelaki Bawang 2
sumber: twitter

Memang ramai netizen yang baca post dekat Twitter tu terhibur. Hanie sendiri pun ada cakap,

“Dia punya borak tu macam CR kawan lepak mamak diorang.”

Lelaki Bawang 3

Lelaki Bawang 4
sumber: twitter

Antara komen netizen yang terhibur dengan apa ‘dibawangkan’ lelaki dekat IG post tu:

“Lelaki membawang level international terus…”

“Ni membawang berinformasi sis. Daripada tah tahu terus jadi tahu. Bagus dorang ni…”

“Lelaki membawang penuh berhemah.”

“Lain macam level membawang dorang…”

Admin pun terhibur weh! Tapi sekurang-kurangnya depa takde lah membawang dengan bahasa yang tak enak didengar, mencarut atau menghina sesiapa kan…

So, lepas ni jangan cakap perempuan je kuat membawang ehhhh!

Baca: Selain ‘Troll’ KL Milik Indonesia, FB Mariah Carey Dihujani Komen ‘Membawang’ Netizen Yang Tak Kering Gusi

Mariahcarey 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.