in

Netizen Tuduh Fizi Ali Tak Bantu Isteri Buat Kerja Rumah Jadi Punca Cerai, Shakilla Khoriri Buka Mulut

Shakilla Koriri Jawab Dakwaan Cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah penceraian pasangan selebriti Fizi Ali dan Shakilla Khoriri telah menjadi buah mulut netizen selepas ramai di kalangan peminat tidak menyangka pasangan yang dianggap sedang bahagia itu akhirnya memilih untuk berpisah.

Shakilla 1

Meskipun kedua-dua belah pihak tidak mahu menyatakan sebab mereka bercerai, netizen dilihat mula berspekulasi dengan mengatakan punca penceraian itu disebabkan sikap Fizi yang tidak membantu isteri melakukan kerja rumah.


Berikut screenshot yang kini sedang tular di media sosial. Uish siapa yang buat cerita ni! 

268469627 1042440593203492 921193703827993017 N

 

“Kalau Fizi atau keluarga dapat tahu dakwaan ini mesti mereka rasa tak best” 

Sebelum isu menjadi lebih besar, Shakilla Khoriri, 32, tampil menjawab dakwaan dan mengakui perkara tersebut tidak benar sama sekali kerana dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai punca penceraian mereka.

“Saya baru baca artikel yang mendakwa kononnya Fizi tak membantu buat kerja rumah… apabila kakak (individu yang menulis) itu cakap fasal bidai baru saya teringat posting video itu dah lama. 

“Minta maaf kalau sesiapa yang baca dan salah faham, saya tak sangka orang akan mempertikaikan kerja rumah yang saya pernah buat sebelum ini dengan mengaitkan apa yang berlaku antara saya dengan Fizi sekarang. 

https://www.instagram.com/p/CWQjMGxJxKo/

“Saya anggap perkongsian saya dulu sebagai kesalahan sendiri sampai membawa maksud lain apabila kami berpisah. Saya masih waras dan masih ingat sampai sekarang tak pernah keluarkan apa-apa kenyataan sepanjang kahwin dengan Fizi dia tak pernah tolong saya,” katanya.

Katanya lagi, jika Fizi atau keluarga mengetahui mengenai hal ini, pasti mereka tak sedap hati kerana sepanjang perkahwinan, Fizi sangat membantunya dalam urus hal rumah tangga.

Kalau Fizi atau keluarga dapat tahu dakwaan ini mesti mereka rasa tak best.

“Saya sendiri pun rasa tak best sebab sepanjang kami kahwin, Fizi sangat membantu saya menguruskan hal rumah tangga… masa saya buat kerja-kerja tu siapa jaga Ameena? Fizi la yang buat semua,” jelasnya.

https://www.instagram.com/p/CUZiNLHpR2n/

 

“Cukup-cukuplah mengorek salah silap kami” 

Menurut Shakilla lagi, dia memang suka melakukan kerja pertukangan dan mempunyai idea serta citarasa tersendiri dalam melakukan dekorasi kediaman mereka.

Fizi pula katanya memilih untuk tidak campur tangan atas kerja-kerjanya kerana dia lebih suka melakukannya mengikut cara sendiri.

https://www.instagram.com/p/CAzR5a-p0cE/

“Saya harap orang-orang di luar sana cukup-cukuplah mengorek salah silap kami dan kalau boleh janganlah keluarkan sebarang spekulasi mengenai penceraian kami. 

“Saya tahu ramai yang nak tahu punca tapi kami berdua dah sebulat suara takkan berkongsi sebab perpisahan ini… cuma saya beritahu kami berdua kuat berdepan ujian ini dan minta doakan yang terbaik untuk kami,” katanya.

Shakilla juga meminta maaf kepada individu yang memuat naik status dakwaan mengenai punca penceraian mereka kerana dia menganggap telah menimbulkan salah faham dengan video lamanya membuat pertukangan itu.

Tak apalah kita doakan yang baik-baik saja buat Shakilla, Fizi dan anak mereka, Ameena. Dah tiada jodoh kan, nak buat macam mana. 

Baca: “Aku sayang lagi dia…” [VIDEO] Ulas Isu Cerai, Luahan Fizi Di Konti Radio Buat Netizen Bergenang

Fizi

Sumber: Instagram
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.