in

Netizen Terkejut Lihat Elaun Pelajar IPT, Ada Yang Cecah RM10k Sebulan?

elaun pelajar IPT sebulan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi korang, berapakah jumlah elaun yang munasabah untuk diberikan kepada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dalam sebulan?

Baru-baru ini, tular satu perkongsian video di TikTok mengenai berapa jumlah elaun yang diterima oleh beberapa pelajar IPT telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.


Dalam video tersebut, beberapa pelajar ditanya soalan mengenai jumlah elaun yang diterima dalam sebulan.

Ada menjawab anggaran dalam RM500, RM1,200 dan RM7,000 untuk menampung pengajian mereka di IPT. Bagaimanapun, jawapan seorang pelajar ini mengejutkan ramai apabila dia menyatakan elaun yang diterima adalah sebanyak RM10,000 sebulan.

Artikel berkaitan: Remaja Berusia 21 Tahun Ini Bongkar Bagaimana Dia Langsaikan Hutang RM100K

Artikel berkaitan: “Ingat saya ni kawan awak ke?” – Lelaki Dedah Sikap Biadap Pelajar Nak Apply Tempat Intern

“Disebabkan saya dapat biasiswa dan diberi oleh ibu bapa, campur dua-dua lebih kurang RM10,000,” ujar salah seorang pelajar.

Ketika ditanya berapakah jumlah elaun yang sepatutnya pelajar terima untuk sebulan, mereka menyatakan anggaran sebanyak RM1,500 sudah cukup bagi pelajar yang menyewa di luar kampus.

@scholarrzz

Berapa allowance student patut dapat per month ?? #f #fyp #uni #uitm #uitmshahalam #pelajar

♬ original sound – Cha Loud ? – Cha Loud ?

Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan elaun RM300 untuk tiga minggu sudah mencukupi dan selebihnya dia akan melakukan kerja sambilan untuk menampung perbelanjaan dalam sebulan.

Rata-rata yang melihat perkongsian video itu berasa terkejut dengan jumlah elaun yang diterima oleh pelajar-pelajar berkenaan kerana hampir menyamai gaji mereka yang baru masuk ke alam pekerjaan.

Screenshot 2024 10 21 111403Screenshot 2024 10 21 111421

Pun begitu, ada yang mendakwa terdapat salah faham dalam pertanyaan dan jawapan yang dikongsikan itu. Namun, pemilik video berkenaan menegaskan dirinya mempunyai rakaman asal tentang video terbabit.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.