Keratan video daripada satu dokumentari yang memperlihatkan proses pembuatan tauhu di negara jiran kini sedang tular dan menjadi perhatian netizen di Malaysia.
Dalam video tersebut, seorang YouTuber dari Australia menunjukkan keadaan di sebuah kilang yang memproses tauhu dan menurutnya lantai di kilang tersebut licin.
Artikel berkaitan : Gara-gara Isu Tarif, Pengilang Di China Didakwa ‘Expose’ Jenama Mewah Buat Barangan Di Kilang Mereka
Artikel berkaitan : Dr Say ‘Expose’ Bibik Kasari Anak, Netizen Persoal Tindakan Tinggalkan Anak Ketika ‘Outstation’ Dengan Isteri
Malah, keadaan di sekeliling kilang bercamur aduk dengan dengan wap asap dan keadaan udara yang agak lembap kerana bercampur dengan wap soya, peluh, asap rokok dan asap plastik yang terbakar.
Malah, YouTuber tersebut turut menceritakan bahawa terdapat dua jenis hasil pembikinan tauhu iaitu, sama ada mahu dijual secara mentah segar atau sudah digoreng.
Menurut YouTuber yang dikenali sebagai Andrew Fraser ini, suasana jadi lebih intense setelah dia masuk ke bahagian gorengan. Katanya setiap sudut di bahagian bilik ruangan menggoreng itu dipenuhi dengan sampah yang bertimbun.
Sampah itu dikatakan daripada potongan bungkusan, balutan dan plastik yang tidak boleh dikitar semula, turut kelihatan yang para pekerja mengaut sampah tersebut pakai tangan tanpa sarung tangan untuk dimasukkan ke dalam bahan bakar. Malah pekerja juga dilihat mengambil tauhu mentah menggunakan telapak tangan tanpa sebarang sarung untuk dimasukkan ke dalam kuali.
Boleh tonton di sini.
Video tersebut tular di X dan meraih lebih 4,000 jumlah perkongsian dalam masa sehari, ia sekaligus menimbulkan keraguan netizen untuk mencuba tauhu goreng jika bercuti dan melancong ke tempat tersebut.
Malah ada netizen yang meluahkan rasa syukur dengan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di negara ini selain tergamam dan paranoid memikirkan kesan dari segi kesihatan.
Meskipun ada yang mengatakan tiada masalah untuk menjadikan plastik sebagai bahan bakar, akan tetapi, ada beberapa proses yang perlu dilakukan.
Bersyukulah dengan tahap kebersihan dan pemantauan kesihatan dekat negara sendiri.