Pada Rabu lepas, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan yang kerajaan akan menurunkan harga RON95 kepada RM1.99 seliter menjelang akhir September 2025.
Beliau berkata, perkara ini memberi manfaat kepada 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig.
Walau bagaimanapun, penurunan ini hanya terpakai kepada warganegara Malaysia kerana mereka perlu mempamerkan kad pengenalan untuk mendapat harga penurunan tersebut, manakala warganegara asing pula perlu membayar petrol RON95 pada harga pasaran tanpa subsidi.
Artikel berkaitan: “Bersyukur dekat Malaysia” – Rhyss William Bandingkan Harga Minyak ‘Fulltank’ Di UK & Malaysia
Artikel berkaitan: [TERKINI] Harga Petrol RON95 Turun RM1.99 Dari RM2.05
“Kami beri kamu pekerjaan, tapi kamu terlalu kedekut nak berkongsi minyak…”
Meskipun ramai di kalangan rakyat Malaysia menerima baik pengumuman berkenaan sebagai usaha untuk menurunkan beban rakyat, namun perkara ini menjadi perbualan hangat di kalangan netizen Singapura.
Menerusi perkongsian di X, seorang individu yang dipercayai rakyat Singapura meluahkan rasa tidak puas hati dengan peraturan yang menetapkan kad pengenalan Malaysia perlu dipamerkan jika ingin mengisi minyak dengan harga RM1.99 seliter.
Singapore drivers rn hearing need IC for RM1.99 petrol price pic.twitter.com/k9JRZYMgIy
— Qeez (@qeezfikir) July 23, 2025
Menurut individu ini, rakyat Malaysia diperli sebagai ‘kedekut’ tidak mahu berkongsi petrol dengan rakyat Singapura dan ia juga dikatakan punca mengapa negara kita sering berada di belakang.
Kami orang Singapura beri rakyat Malaysia pekerjaan, tapi kamu sangat kedekut untuk berkongsi minyak dengan kami. Sudah jelas ia menunjukkan bagaimana mentaliti orang Malaysia, ini sebabnya kamu sentiasa jauh di belakang kami,” tulisnya.
Hantaran netizen Singapura itu ternyata mengundang rasa kurang senang netizen Malaysia yang menganggap komen tersebut sebagai keterlaluan.
Malah ada yang mengatakan kalau warga asing ingin menggunakan minyak dengan harga subsidi, mereka juga perlu membayar cukai seperti rakyat Malaysia yang lain.
Apa pendapat korang mengenai isu ini? Bagi admin, tak best jugalah kalau kelebihan yang sepatutnya dinikmati hanya buat rakyat Malaysia, digunakan oleh warga lain pula.
Sumber: X