in

Netizen Sebak Tengok Fattah Amin, Masih Sarungkan Cincin Kahwin Biarpun Dah Kembali Solo

Ft Fattah Amin Pakai Cincin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas kembali solo, pelakon Fattah Amin dilihat mendapat tumpuan orang ramai dan segala tindak tanduknya diperhatikan. Terkini satu video memperlihatkan Fattah Amin makan di sebuah restoran tular di TikTok.

Artikel berkaitan : “Bodyguard Along…” – ‘Posting’ Adik Ipar Fattah Amin Tarik Perhatian Netizen


Artikel berkaitan : Fazura Didakwa Langgar Perintah Mahkamah? Ini Kenyataan Peguam Fattah Amin

Apa yang menjadi tumpuan netizen adalah Fattah Amin dilihat masih lagi menyarungkan cincin perkahwinannya bersama aktres, Nur Fazura sekali gus mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen.

Ia membuatkan ramai netizen anggap bahawa Fattah Amin masih lagi menyayangi bekas isterinya, Fazura kerana tetap memakai cincin perkahwinan mereka.

@aroistreetmart

betul ke tak ni #aroistreetmart #fattahamin #fyp #viralvideo

♬ bunyi asal – takdir & waktu – takdir & waktu

Menerusi komen, ada juga netizen berharap agar Fattah dapat rujuk semula dengan Fazura.

“Lelaki kalau masih pakai cincin kahwin, itu bermakna dia masih sayangkan isteri dan perkahwinan itu. Kalau dia tak sayang, dah lama dia tak pakai cincin itu kecuali hilang,” komen seorang netizen.

“Sepinya seorang lelaki bila dirinya dibuat seperti tak berharga langsung tapi mungkin ada kebenarannya.”

“Hantarlah video ini dekat Fazura. Maklumkan dia Fattah masih pakai cincin kahwin maknanya dia masih sayangkan perkahwinan mereka. Fazura, Fattah masih pakai cincin kahwin. Dia masih sayangkan awak dan Fatima.”

“Fattah tak nak rujuk ke isteri awak ini?”

Pada Isnin lalu, Fattah dan Fazura telah disahkan bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Sumber: Utusan Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.