Bila Ramadan tiba, sudah pastinya ramai di antara kita yang beragama Islam mahu memantapkan lagi iman masing-masing dengan memperbanyakkan amalan ibadah.
Antara amalan yang kita boleh lakukan adalah dengan membaca Al-Quran, solat sunat dan berzikir.
Ibu Neelofa kongsi amalan baca Bismillah 787 kali?
Baru-baru ini, tular satu video di Twitter yang memaparkan perkongsian ibu Neelofa, Noor Kartini Noor Mohammed di Tanah Suci Mekah mengenai amalannya untuk murahkan rezeki.
Menurut Noor Kartini, antara ‘amalan’ yang dilakukannya ialah dengan membaca Bismillahirahmanirahim sebanyak 787 kali.
InsyaAllah kita jadikan dalam amalan harian kita. Kepada mereka yang sedang mengalami dalam kesulitan hidup. Niat kerana Allah SWT. Semoga Allah permudahkan segala-galanya. Aamiin.. ❤️🤲 pic.twitter.com/nVSFfhHjol
— Tweet Islamik (@TweetIslamik) March 23, 2023
Bismillahirahmanirahim 787 kali tak boleh lebih tak boleh kurang. Masa mama dapat sanad daripada Baba Aziz, dia kata satu bismillahirahmanirahim kalau diletak atas timbangan, berat dia sama dengan satu isi bumi.
“Jadi baca 787 tu, kita boleh baca 100 pagi, 100 tengah hari tapi dalam satu hari kena genapkan 787 kali. Kalau kita baca berterusan dalam masa 15 minit siap,” jelasnya.
Menurut Noor Kartini lagi, menerusi perkongsian mereka yang mengamalkan amalan ini, ada yang mengakui rezeki mereka bertambah, dapat naik pangkat dan berlaku pelbagai perubahan dalam hidup mereka.
“Kenapa reka yang tiada dalam nas?!”
Pun begitu, perkongsian ibu kepada pengacara Neelofa itu telah menerima kritikan netizen yang mana rata-rata menganggap ia sesuatu yang bermasalah dan bidaah.
Malah ada yang juga yang meminta netizen di luar sana untuk berhenti mengikut ‘petua’ daripada selebriti yang tidak diketahui benar atau tidak.
Satu amalan bidaah – Ustaz Syihabudin
Dalam pada itu, Ustaz Syihabudin Ahmad ada berkongsi mengenai hal ini di saluran Youtube.
Menurut Ustaz Syihabudin, tidak wujud amalan bismillah yang seperti disebutkan oleh Noor Kartini daripada riwayat-riwayat sahih mahupun daif. Ia merupakan amalan yang direka-reka dan dikatakan ia bersanad.
Tambahnya lagi, amalan tersebut merupakan satu bentuk zikir yang bidaah, yang mana direka dengan fadilat yang bidaah serta mendakwa atas nama Allah tentang sesuatu perkara yang tidak dinyatakan.
Untuk penjelasan lanjut korang boleh tengok video di bawah…
Namun dia menegaskan tegurannya bukanlah satu hentaman yang ditujukan kepada Noor Kartini, hanya sekadar perkongsian ilmu buat mereka yang telah menonton video berkenaan.
Sebagai peringatan, sebaiknya sebelum amalkan apa-apa zikir, baik korang rujuk kepada ustaz-ustaz yang berkredibiliti untuk elak perkara macam ni terjadi.
Baca: Tawar Pakej Umrah VVIP Bersama Neelofa & PU Riz, Netizen Terkejut Harga Cecah RM35,000 Seorang