Akhir-akhir ni, nama Safiey Ilias sering jadi sebutan ramai. Kalau dulu ramai yang condemn usahawan kosmetik ni sebagai munafik sebab kejap-kejap nak jadi lelaki pastu nak jadi perempuan balik, kali ni timbul pulak isu lain yang buat netizen terbeliak mata.
Melalui perkongsian so called teman lelaki Safiey di Instagram, lelaki bernama Syah James Zafrull ni dikatakan telah menyarungkan cincin di jari manis Safiey. Ehh biar betul ni? Kan dorang sama-sama lelaki!
Special untuk awak Safiey Ilias,” tulis Syah James.
Namun seperti yang dijangka, video yang dikongsi Syah James mendapat kecaman bertubi-tubi daripada netizen yang geli dengan hubungan sejenis mereka. Rata-rata netizen memohon Syah dan Safiey berubah dan kembali ke pangkal jalan. Haih entah apa nak jadi dengan dorang ni…
Malah ada juga yang mengutuk tindakan Safiey memakai cincin emas kerana lelaki Muslim mana boleh pakai cincin yang diperbuat daripada emas. Hadoii!
Apa-apapun admin doakan semoga Safiey dan Syah hentikan buat benda tak elok ni dan segera bertaubat. Kalau pun tindakan Syah ni mungkin untuk marketing purpose, admin rasa tak sesuai. Ada banyakkkk lagi cari lain. Benda macam ni buat orang menyampah.
Rindu tengok Safiey dulu yang berambut pendek dan pakai jubah ke masjid.